JAKIM telah menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi memudahkan pesara mendapatkan maklumat yang tepat, terkini dan pantas tentang hal ehwal Islam. Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah permohonan sijil halal, penjelasan mengenai isu-isu semasa hukum, isu-isu akidah, muamalat dan kewangan islam serta senarai program dan latihan yang dianjurkan oleh pihak JAKIM.Perkhidmatan tersebut boleh dilayari melalui portal http://www.islam.gov.my/."
Jakim melalui masjid-masjid utamanya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah melaksanakan program-program pengajian kepada masyarakat awam. Program pengajian ini juga boleh disertai oleh para pesara yang ingin mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Antara kelas pengajian yang dilaksanakan adalah kelas pengajian al-quran, kelas fardhu ain, kelas bahasa arab, kelas tafaqquh fiddin, kelas tafaqquh feqah dan kelas tafaqquh tafsir.
Bagi menyertai program pengajian ini, para pesara boleh menghubungi terus kepada masjid-masjid berkaitan.
i. Masjid Negara - www.masjidnegara.gov.my
ii. Masjid Putra - www.masjidputra.gov.my
iii. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin - http://www.masjidtuankumizan.gov.my/
Bagi maklumat-maklumat lain berkaitan Islam, terdapat beberapa link bagi portal yang boleh dimasukkan ke dalam portal pesara seperti berikut:
i. Portal islam Grid - Maklumat berkaitan Islam dan kemusykilan Agama - www.islamgrid.gov.my
ii. Portal e-Fatwa - Maklumat berkaitan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh jawatankuasa fatwa - www.e-fatwa.gov.my
Bagi para pesara yang ingin memulakan perniagaan dan ingin mengetahui mengenai prosedur pensijilan halal, maklumat berkaitan boleh diakses secara atas talian melalui link berikut:
i. Portal e-halal - www.halal.gov.my
Tabung Haji
Tabung Haji merupakan satu agensi yang menguruskan hal ehwal ibadat Haji dan Umrah kepada orang Islam di Malaysia. Tabung Haji menyediakan khidmat online berbentuk panduan haji dalam bentuk e-book, nota berkaitan ibadat Haji dan Umrah serta khidmat urusan Tabung Haji secara online melalui myTaHa. Kemudahan yang disediakan oleh Tabung Haji ini boleh dilayari di http://www.tabunghaji.gov.my/web/guest/servis-haji1