|ENGLISH

 

[ ]

 

1Pesara

Pengenalan

"1Malaysia Civil Service Retirement Support" merupakan satu inisiatif terbaharu untuk menjaga kebajikan pesara penjawat awam di bawah pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy : NBOS) dan diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pesara merupakan aset Negara yang memerlukan perhatian, penghargaan dan penjagaan kebajikan secara berterusan bagi memastikan kelangsungan produktiviti kepada masyarakat. Inisiatif ini menggambarkan keprihatinan Kerajaan dalam menyediakan satu perkhidmatan yang holistik kepada pesara penjawat awam. Fokus perkhidmatan mengambilkira keperluan pesara seperti penjagaan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan pesara, pengurusan kewangan dan keusahawanan. Portal 1Malaysia Civil Service Retirement Support (1Pesara) ini diharap akan menjadi satu pusat sehenti perkhidmatan pesara penjawat awam di mana pelbagai perkhidmatan yang melibatkan pelbagai agensi samada kerajaan atau bukan kerajaan akan dapat diperolehi di sini. Pendekatan merentasi agensi ini dijangka akan dapat memudah dan mempertingkatkan perkhidmatan kepada pesara penjawat awam khasnya dan rakyat amnya.

Slogan

Pesara Sejahtera, Generasi Terpelihara

Objektif

  • Membantu golongan pesara dan bakal pesara terus produktif dalam menyusuri alam persaraan
  • Menyediakan perkhidmatan yang holistik dan merentasi pelbagai agensi berdasarkan empat (4) teras utama iaitu Kesejahteraan Pesara, Panduan Bekerja Semula, Pengurusan Kewangan & Pembangunan Keusahawanan dan Kelangsungan Kesihatan
  • Membantu Kerajaan dalam menjelaskan dasar-dasar dan program-program Kerajaan kepada rakyat

Teras Perkhidmatan

  1. Kesejahteraan Pesara (Jabatan Perkhidmatan Awam)
    • Pembelajaran Sepanjang Hayat
    • Bantuan Khidmat Kerohanian
    • Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia
  2. Panduan Bekerja Semula (Kementerian Sumber Manusia)
    • Pendaftaran Kerja Selepas Bersara
  3. Pengurusan Kewangan dan Pembangunan Usahawan (Kementerian Kewangan Malaysia)
    • 1MET (1Malaysia Entrepreneur)
    • Kad Diskaun 1Malaysia
    • Certified Financial Planner
    • Registered Financial Planner
    • Perkhidmatan Peramanahan
  4. Kelangsungan Kesihatan (Kementerian Kesihatan Malaysia)
    • Laluan Pantas (R-Lane)
    • Saringan Kesihatan
    • Automation Supply System