Jadual Kesembilan-Senarai Perundangan.


JADUAL KESEMBILAN

[Perkara 74, 77]

Senarai Perundangan

Senarai I-Senarai Persekutuan


1. Hal ehwal luar negeri, termasuk-

(a) Triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain dan segala perkara yang menghubungkan Persekutuan dengan mana-mana negara lain;

(b) Perlaksanaan triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain;

(c) Perwakilan diplomat, konsul dan perdagangan;

(d) Organisasi antarabangsa; penyertaan dalam badan antarabangsa dan perlaksanaan keputusan yang diambil dalam badan itu;

(e) Ekstradisi; pesalah buruan; penerimaan masuk ke dalam Persekutuan, dan emigrasi dan pengusiran dari Persekutuan;

(f) Pasport; visa; permit masuk atau perakuan lain; kuarantin;

(g) Bidang kuasa asing dan luar wilayah; dan

(h) Ziarah ke tempat-tempat di luar Malaysia.

2. Pertahanan bagi Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, termasuk-

(a) Angkatan laut, darat dan udara dan angkatan tentera lain;

(b) Mana-mana angkatan tentera yang bertugas atau menjalankan operasi bersama dengan mana-mana angkatan tentera Persekutuan; angkatan pelawat;

(c) Kerja pertahanan; kawasan tentera dan kawasan larangan; pengkalan bagi angkatan laut, darat dan udara; berek, padang terbang dan kerja lain;

(d) Olah gerak:

(e) Peperangan dan keamanan; musuh orang asing dan orang asing mush; harta musuh; perdagangan dengan musuh; kerosakan perang; insurans risiko perang;

(f) Senjata, senjata api, amunisi dan bahan letupan;

(g) Perkhidmatan negara; dan

(h) Pertahanan awam.

3. Keselamatan dalam negeri, termasuk-

(a) Polis; penyiasat jenayah; pendaftaran penjenayah; kenteraman awam;

(b) Penjara; institusi pemulihan akhlak; rumah reman; tempat tahanan; percubaan akhlak bagi pesalah; pesalah juvana;

(c) Tahanan pencegahan; sekatan kediaman;

(d) Perkhidmatan risikan; dan

(e) Pendaftaran negara.

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk-

(a) Keanggotaan dan susunan semula mahkamah selain Mahkamah Syariah;

(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;

(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;

(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;

(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut-

(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan

rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa; pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir; kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;

(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan

perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;

(f) Rahsia rasmi; perbuatan rasuah;

(g) Penggunaan atau penunjukkan jata, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, pakaian seragam, darjah kebesaran dan bintang kehormatan selain bagi sesuatu Negeri;

(h) Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(i) Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atauyang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(j) Bidang kuasa Admiralti;

(k) Penenetuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang persekutuan; dan

(l) Pertaruhan dan loteri.

5. Kewarganegaraan Persekutuan dan penaturalisasian; orang asing.

6. Jentera kerajaan, tetakluk kepada Senarai Negeri, tetapi termasuk-

(a) Pemilihan menjadi ahli kedua-dua Majlis Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala perkara yang berkaitan dengannya;

(b) Majlis Angkatan Tentera dan Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai;

(c) Perkhidmatan persekutuan, termasuk mengadakan perkhidmatan bersama bagi Persekutuan dan Negeri-Negeri; perkhidmatan bersama bagu dua Negeri atau lebih;

(d) Pencen dan pampasan kerana hilang jawatan; ganjaran dan syarat-syarat perkhidmatan;

(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya termasuk hukum Syarak di dalamnya setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 1 Senarai Negeri dan berkenaan dengan Wilayah Persekutuan Labian, undang-undang dan adat anak negeri setakat yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam butiran 13 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak;

(f) Kontrak Kerajaan Persekutuan;

(g) Pihak berkuasa awam Persekutuan; dan

(h) Pembelian, pengambilan dan pemegangan, dan pembuatan apa-apa urusan mengenai, harta bagi maksud persekutuan.

7. Kewangan, termasuk-

(a) Mata wang, wang sah dan pensyilingan;

(b) Simpanan negara dan bank simpanan;

(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;

(d) Pinjaman kepada atau peminjaman oleh Negeri, pihak berkuasa awam dan pengusahaan persendirian;

(e) Hutang awam Persekutuan;

(f) Tatacara kewangan dan perakaunan, termasuk tatacara bagi pemungutan, penjagaan dan pembayaran wang awam Persekutuan dan wang awam Negeri, dan pembelian, penjagaan dan pelupusan harta awam selain tanah Persekutuan dan tanah Negeri;

(g) Audit dan akuan Persekutuan dan Negeri dan pihak berkuasa awam yang lain;

(h) Cukai; kadar di ibu kota persekutuan;

(i) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(j) Perbankan; pemberian pinjaman wang; pemegang pajak gadai; kawalan kredit;

(k) Bil pertukaran, cek, nota janji hutang dan surat cara lain yang seumpamanya;

(l) Pertukaran asing; dan

(m) Terbitan modal; bursa saham dan bursa komoditi.

8. Pertukangan, perdagangan dan perindustrian, termasuk-

(a) Pengeluaran, pembekalan dan pengedaran barangan; kawalan harga dan kawalan makanan; pengadukan bahan makanan dan barangan lain;

(b) Import ke dalam Persekutuan dan eksport dari Persekutuan;

(c) Pemerbadanan, pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan, selaian perbadanan perbandaran (tetapi termasuk perbadanan perbandaran ibu kota persekutuan); pengawalseliaan perbadanan asing; ganjaran atas pengeluaran di Persekutuan atau atas eksport dari Persekutuan;

(d) Insurans, termasuk insurans wajib;

(e) Paten; reka bentuk; reka cipta; cap dagangan dan cap persaudagaran; hak cipta;

(f) Penetapan standard timbang dan sukat;

(g) Penetapan standard kualiti barangan yang dibuat di dalam Persekutuan atau dieksport dari Persekutuan;

(h) Lelong dan pelelong;

(j) Tertakluk kepada butiran 2(c) dalam Senarai Negeri: Pembangunan sumber mineral; lombong, perlombongan, mineral dan bijih mineral; minyak dan medan minyak; membeli, menjual, mengimport dan mengeksport mineral dan bijih mineral; keluaran petroleum; pengawalseliaan perburuhan dan keselamatan di dalam lombong dan medan minyak;

(k) Kilang, dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; dan

(l) Bahan berbahaya dan mudah terbakar.

9. Perkapalan, pelayaran dan perikanan, termasuk-

(a) Perkapalan dan pelayaran di laut lepas dan di perairan pasang surut dan di perairan pendalaman;

(b) Pelabuhan dan pengkalan; pesisir depan;

(c) Rumah api dan peruntukan lain bagi keselamatan pelayaran;

(d) penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara, tidak termasuk penyu;

(e) Dues api; dan

(f) Bangkai dan salvaj.

10. Perhubungan dan pengangkutan, termasuk-

(a) Jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan;

(b) Kereta api, tidak termasuk Kereta Api Bukit Bendera;

(c) Jalan udara, pesawat udara dan penerbangan udara; padang terbang awam; peruntukan bagi keselamatan pesawat udara;

(d) Pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan darat, air dan udara, selain lalu lintas di sungai-sungai di luar kawasan pelabuhan yang keseluruhannya terletak didalam satu Negeri;

(e) Pembawaan penumpang dan barangan mengikut jalan darat, air dan udara;

(f) Kenderaan yang didorong secara mekanik;

(g) Pos dan telekomunikasi; dan

(h) Wayarles, penyiaran dan televisyen.

11. Kerja-kerja dan kuasa Persekutuan, termasuk-

(a) Kerja raya bagi maksud persekutuan;

(b) Bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam suatu Negeri atau yang dikawal selia oleh suatu perjanjian antara semua Negeri yang berkenaan; pengeluaran; pengagihan dan pembeklan kuasa air; dan

(c) Elektrik; gas dan kerja gas; dan kerja lain bagi pengeluaran dan pengagihan kuasa dan tenaga.

12. Tinjauan, siasatan dan penyelidikan, termasuk-

(a) Banci; pendaftaran kelahiran dan kematian; pendaftaran perkahwinan; pendaftaran pengangkatan, selain pengangkatan di bawah hukum Syarak dan adat Melayu;

(b) Tinjauan Persekutuan; tinjauan sosial, ekonomi dan saians; organisasi kaji cuaca;

(c) Penyelidikan sains dan teknik; dan

(d) Suruhanjaya siasatan.

13. Pendidikan, termasuk-

(a) Pendidikan rendah, menengah dan universiti; pendidikan vokasional dan teknik; latihan guru; pendaftaran dan pengawalan guru, pengurus dan sekolah; pemajuan pengajian khas dan penyelidikan; pertubuhan sains dan satera;

(b) Perpustakaan; muzium; monumen dan rekod purbakala dan sejarah; tapak dan peninggalan zaman purba.

14. Perubatan dan kesihatan termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan, dan termasuk-

(a) Hospital, klinik dan dispensari; profesion perubatan; kebajikan ibu mengandung dan bersalin serta anak; pesakit kusta dan institusi pesakit kusta;

(b) Penyakit gila dan kecacatan mental, termasuk tempat menerima dan memberikan rawatan;

(c) Racun dan dadah berbahaya; dan

(d) Dadah dan minuman keras yang memabukkan; pembuatan dan penjualan dadah.

15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk-

(a) Kesatuan sekerja; pertikaian perindustrian dan buruh; kebajikan buruh termasuk mengadakan rumah bagi buruh oleh majikan; liabiliti majikan dan pampasan pekerja;

(b) Insurans pengangguran; insurans kesihatan; pencen balu; anak yatim dan umur tua; faedah mengandung dan bersalin; kumpulan wang simpanan dan kebajikan; persaraan dan

(c) Khairat dan institusi khairat; amanah khairat dan pemegang amanah tidak termasuk Wakaf; derma kekal Hindu.

16. Kebajikan orang asli.

17. Pekerjaan profesional, selain yang disebut satu persatu secara khusus.

18. Hari kelepasan selain hari kelepasan Negeri; standard waktu.

19. Pertubuhan tidak diperbadankan.

20. Pengawalan makhluk perosak pertanian; perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

21. Akhbar, penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.

22. Penapisan.

23. Tertakluk kepada butiran 5(f) Senarai Negeri: panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

24. (Dimansuhkan).

25. Koperasi.

25A. Pelancongan.

26. Tertakluk kepada butiran 9A Senarai Bersama, pencegahan kebakaran dan pemadaman api, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.

27. Segala perkara yang berhubung dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan, termasuk perkara yang disebut dalam butiran 2, 3, 4 dan 5 Senarai Negeri dan dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

Senarai II-Senarai Negeri


1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan denga pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengangkatan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; kenanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hany berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan, mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

2. Kecuali mengenai Wilaayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, tanah termasuk-

(a) Pemegangan tanah, hubungan antara tuan tanah dengan penyewa; pendaftaran hakmilik dan surat ikatan yang berhubungan dengan tanah; penerokaan, pemajuan tanah dan pemuliharaan tanah; sekatan sewa;

(b) Tanah Simpanan Melayu atau, di Negeri Sabah dan Sarawak, tanah simpanan anak negeri;

(c) Permit dan lesen untuk mencari gali bagi lombong; pajakan melombong dan perakuan melombong;

(d) Pengambilan tanah secara paksa;

(e) Pindah hakmilik tanah, gadai janji, pajakan dan gadaian berkenaan dengan tanah; isemen ; dan

(f) Rad; harta karun tidak termasuk benda purba.

3. Kecuali mengenai Wilaayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, pertanian dan perhutanan, termasuk-

(a) Pertanian dan pinjaman pertanian; dan

(b) Hutan.

4. Kerajaan tempatan di luar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, termasuk-

(a) Pentadbiran tempatan; perbadanan perbandaran; lembaga tempatan, lembaga bandaran dan lembaga luar bandar dan pihak berkuasa tempatan yang lain; perkhidmatan kerajaan tempatan, kadar tempatan, pilihan ray kerajaan tempatan;

(b) Pertukangan yang memudaratkan dan kacau ganggu awam di dalam kawasan pihak berkuasa tempatan; dan

(c) (Dimansuhkan).

5. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, perkhidmatan lain yang berciri tempatan, iaitu:

(a) (Dimansuhkan).

(b) Rumah tumpangan dan rumah pemalaman;

(c) Tanah Perkuburan dan tempat pembakaran mayat;

(d) Tempat kurungan binatang dan pencerobohan kerbau lembu;

(e) Pasasr dan pasar ria; dan

(f) Pelesenan panggung; panggung wayang dan tempat hiburan awam.

6. Kerja-kerja Negeri dan air, iaitu:

(a) Kerja raya bagi maksud Negeri;

(b) Jalan, jambatan dan feri, selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu; dan

(c) Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk bekalan air, sungai dan terusan); pengawalan kelodak; hak riparia.

7. Jentera Kerajaan Negeri, tertakluk kepada Senarai Persekutuan, tetapi termasuk-

(a) Peruntukan Diraja dan pencen Negeri;

(b) Perkhimatan Negeri yang khusus;

(c) Peminjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan Negeri;

(d) Pinjaman bagi maksud Negeri;

(e) Hutang awan Negeri; dan

(f) Fi berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

8. Hari Kelepasan Negeri.

9. Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri.

10. Siasatan bagi maksud Negeri, termasuk suruhanjaya siasatan dan pengumpulan perangkaan mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Negeri atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri.

11. Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Negeri.

12. Penyu dan penangkapan ikan di sungai.

12A. Perpustakaan, muzium, monumen dan rekod purbakala dan sejarah dan tapak dan peninggalan zaman purba, selain apa yang diisytiharkan sebagai persekutuan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.

Senarai IIA-Tambahan kepada Senarai Negeri bagi
Negeri Sabah dan SArawak

[Perkara 95B(1)(a)]


13. Undang-undang dan adat anak negeri, termasuk undang-undang diri yang berhubungan dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan , nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat; pendaftaran pengangkatan di bawah undang-undang atau adat anak negeri; penentuan perkara perkara mengenai undang-undang atau adat anak negeri; keanggotaan, susunan, dan tatacara mahkamah anak negeri (termasuk hak untuk didengar di dalam mahkamah itu), dan bidang kuasa dan kuasa mahkamah itu, yang hendaklah meliputi hanya perkara yang termasuk dalam perenggan ini sahaja dan tidaklah termasuk bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberilan oleh undang-undang persekutuan.

14. Pemerbadanan pihak berkuasa dan badan lain yang ditubuhkan melalui undang-undang Negeri, jika diperbadankan secara langsung melalui undang-undang Negeri, dan pengawalseliaan dan penggulungan perbadanan yang diwujudkan sedemikian.

15. Pelabuhan dan pangkalan, selain yang diisytiharkan sebagai pelabuhan dan pangkalan persekutuan melalui atau di bawah undang-undang persekutuan; pengawalseliaan lalu lintas mengikut jalan air di pelabuhan dan pengkalan atau di sungai-sungai yang keseluruhannya terletak di dalam Negeri itu, kecuali lalu lintas di pelabuhan atau pengkalan persekutuan; pesisir depan.

16. Ukuran tanah kadaster.

17. (Dimansuhkan).

18. Di Sabah, Kereta Api Sabah.

19. (Dimansuhkan).

Senarai IIB-(Dimansuhkan)


Senarai III-Senarai Bersama


1. Kebajikan masyarakat; perkhidmatan masyarakat tertakluk kepada Senarai I dan II; perlindungan bagi perempuan, kanak-kanak dan orang muda.

2. Biasiswa.

3. Perlindungan binatang liar dan burung liar; Taman Negara.

4. Penternakan; pencegahan perbuatan menganiaya binatan; perkhidmatan veterinar; kuarantin binatang.

5. Perancangan bandar dan desa, kecuali di ibu kota persekutuan.

6. Kuturayauan dan penaja dari tempat ke tempat.

7. Kesihatan awam, kebersihan (tidak termasuk kebersihan di ibu kota persekutuan) dan pencegahan penyakit.

8. Saliran pengairan.

9. Permulihan tanah lombong dan tanah yang telah mengalami hakisan tanah.

9A. Langkah keselamatan kebakaran dan langkah mencegah kebakran dalam pembinaan dan penyenggaraan bangunan.

9B. Kebudayaan dan sukan.

9C. Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan; amanah pemajuan.

Senarai IIIA-Tambahan kepada Senarai Bersama
bagi Negeri Sabah dan Sarawak

[Perkara 95B(1)(b)]


10. Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat atau tidak berwasiat.

11. Pengadukan bahan makanan dan barangan lain.

12. Perkapalan yang beratnya kurang daripada lima belas tan berdaftar, termasuk pembawaan penumpang dan barangan oleh perkapalan itu; penangkapan ikan dan perikanan kelautan dan muara.

13. Pengeluaran, pengagihan dan pembekalan kuasa air dan elektrik yang dijanakuasakan dengan kuasa air.

14. Penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak pertanian dan perlindungan daripada makhluk perosak itu; pencegahan penyakit tumbuhan.

15. Kahirat dan amanah dan institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu) dan pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan dan penggulungan kahirat dan institusi kahirat yang diperbadankan di dalam Negeri itu.

16. Panggung; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

17. Pilihan raya ke Dewan Negeri yang diadakan dalam tempoh pilihan raya secara tidak langsung.

18. Si Sabah sehingga hujung tahun 1970 (tetapi tidak di Sarawak), perubatan dan kesihatan, termasuk perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) sehingga (d) Senarai Persekutuan.

Senarai IIIB-(Dimansuhkan)


____________________________________________
CATATAN

Jadual Kesembilan, Senarai I:

Lihat Per. 74(1), 79(1), 95B(1), (3).

Butiran 1(h): Perkataan "Tanah Melayu" digantikan dengan "Malaysia" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Butiran 4(e)(ii): Perkataan "kesahtarafan," di baris empat dimasukkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

Butiran 4(h) dan (i): Perkataan "atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan" yang terdapat di hujung dimasukkan oleh Akta 25/1963, perenggan 6(1)(a), berkuat kuasa dari 29-8-1963.

Butiran 4(k): Perkataan "dan undang-undang diri yang lain" dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Butiran 6(e):

1. Perenggan yang asal berbunyi seperti yang berikut:

"(e) Kerajaan Tempatan dan perancangan bandar di dalam, dan bekalan air kepada, ibu kota persekutuan;".

2. Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974 menggantikan perenggan yang asal dengan yang berikut:

"(e) Pemerintahan dan pentadbiran Wilayah Persekutuan termasuk hukum syarak di dalamnya setakat yang sama seperti yang diperuntukkan dalam butiran 1 Senarai Negeri.".

3. Kemudiannya pula, perenggan ini digantikan oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.

4. Perenggan ini telah dipinda sekali lagi oleh Akta A1095, subperenggan 20(a)(i), berkuat kuasa dari 1-2-2001 dengan menggantikan perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" dengan perkataan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya".

Butiran (7)(f) dan (g): Lihat Per. 108(4)(f).

Butiran 7(i): Perkataan "atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan" dimasukkan oleh Akta 25/1963, perenggan 6(1)(a), berkuat kuasa dari 29-8-1963.

Butiran 8(c): Perkataan "ganjaran dan pengeluaran" digantikan dengan "ganjaran atas pengeluaran" dalam subjek terakhir oleh Akta 25/1963, subsekyen 6(2), berkuat kuasa dari 29-8-1963.

Butiran 8(j): Perkataan "Tertakluk kepada butiran 2(c) dalam Senarai Negeri" di permulaan dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kausa dari 16-9-1963.

Butiran 11(b): Perkataan "Bekalan air antara Negeri dan sungai serta terusan setakat yang tidak" di permulaan digantikan dengan "Bekalan air, sungai dan terusan, kecuali yang keseluruhannya terletak di dalam satu Negeri atau yang" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Butiran 14: Lihat Senarai IIIA, butiran 18.

Butiran 15(c): Perkataan "Wakaf Islam" digantikan dengan "Wakaf" oleh Akta A354, seksyen 45, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Butiran 24: Butiran ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A704, seksyen 12, berkuat kuasa 10-6-1988:

"24. Perumahan Persekutuan dan amanah pemajuan.".

Butiran 25A: Ditambahkan oleh Akta A885, seksyen 45, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Butiran 26: Perkataan "Kecuali berkenaan dengan Sabah dan Sarawak, dan tertakluk" digantikan dengan perkataan "Tertakluk" oleh Akta A514, seksyen 17, berkuat kuasa dari 16-4-1981.

Butiran 27:

1. Ditambahkan oleh Akta A566, seksyen 22, berkuat kuasa dari 1-2-1974 dan perkataan "dalam hal Wilayah Persekutuan Labuan, perkara yang disebut satu persatu dalam butiran 15, 16 dan 17 Tambahan kepada Senarai Negeri bagi Negeri Sabah dan Sarawak" dimasukkan selepas perkataan "Senarai Negeri" oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dari 16-4-1984.

2. Kemudiannya pula, perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan "Wilayah-Wilayah Persekutuan " oleh Akta A1095, subperenggan 20(a)(ii), berkuat kuasa dari 1-2-2001.

Jadual Kesembilan, Senarai II:

Lihat Per. 74(2), (76(1), 79(1), 80(2), 95B(1)(b), (3).

Butiran 1: Perkataan "pengangkatan" dalam baris lima dimasukkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965. Perkataan "Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan," dimasukkan di permulaan oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974. Perkataan "Wakaf Islam" digantikan dengan "Wakaf" oleh Akta A354, seksyen 45, berkuat kuasa dari 27-8-1976. Kemudiannya pula, perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, perenggan 20(b), berkuat kuasa dari 1-2-2001.

Butiran 2: Perkataan "Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan," dimasukkan di permulaan sebelum "Tanah, termasuk" oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

Butiran 2(b): Perkataan "atau, di dalam Negeri Borneo, perizaban anak negeri" ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta 354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Butiran 3: Perkataan "Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan," dimasukkan di permulaansebelum "Pertanian dan Perhutanan" oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

Butiran 4: Perkataan "ibu kota persekutuan" digantikan dengan "Wilayah Persekutuan" oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

Butiran 1, 2, 3, 4 dan 5: Perkataan "Wilayah Persekutuan" digantikan dengan "Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan" oleh Akta A585, Jadual, berkuat kuasa dar 14-4-1984. Perkataan "Kuala Lumpur dan Labuan" digantikan kemudiannya dengan "Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya" oleh Akta A1095, perenggan 20(b), berkuat kuasa dari 1-2-2001.

Butiran 4(c): Butiran ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A704, seksyen 12, berkuat kuasa dari 10-6-1988:

"(c) Perumahan dan peruntukan bagi kemudahan perumahan, amanah pemajuan.",

Butiran 5(f): Lihat Senarai I, Butiran 23. Perkataan "Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan," dimasukkan di permulaan sebelum "perkhidmatan lain" oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

Perenggan (a) sebelum pemansuhannya oleh Akta A354, seksyen 48, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

"(a) Pasukan bomba, kecuali di ibu kota persekutuan,".

Perenggan ini dipinda dengan memotong ",kecuali di ibu kota persekutuan" oleh Akta A206, seksyen 11, berkuat kuasa dari 1-2-1974.

Butiran 6(c): Perkataan "Air, tertakluk kepada Senarai Persekutuan, bekalan air dan terusan" di permulaan digantikan dengan "Tertakluk kepada Senarai Persekutuan, air (termasuk bekalan air, sungai dan terusan)" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa 16-9-1963.

Butiran 7(f): Perkataan "atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri" ditambahkan oleh Akta 25/1963, perenggan 6(10(b), berkuat kuasa dari 29-8-1963.

Butiran 9, 10 dan 11: Perkataan "atau yang diperkatakan oleh undang-undang Negeri" ditambahkan oleh Akta 25/1963, perenggan 6(10(b), berkuat kuasa dari 29-8-1963, dan perenggan 6(1)(c) menambah perkataan "bukti mengenai undang-undang Negeri dan benda yang dilakukan di bawahnya, dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang Negeri" di hujung butiran 9.

Butiran 12A: Ditambahkan oleh Akta A704, seksyen 12, berkuat kuasa dari 10-6-1988.


Jadual Kesembilan, Senarai IIA:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "kesahtarafan," di baris tiga butiran 13 dimansuhkan oleh Akta 31/1965, seksyen 2, berkuat kuasa dari 1-7-1965.

Tajuk: Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Butiran 17: Butiran ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A704, seksyen 12, berkuat kuasa dari 10-6-1988:

"17. Kilang; dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; bahan berbahaya dan mudah terbakar.".

Butiran 19: Dimasukkan oleh Akta A354, seksyen 48, berkuat kuasa dari 27-8-1976 dan dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 17, berkuat kuasa dari 15-5-1981, berbunyi seperti yang berikut:

"19. Pencegahan dan pendalaman kebakaran, termasuk perkhidmatan bomba dan pasukan bomba.".

Jadual Kesembilan, Senarai IIB:

Senarai ini yang berbunyi seperti yang berikut dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-9-1963, dan dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965:

"SENARAI IIB-TAMBAHAN KEPADA SENARAI NEGERI BAGI SINGAPURA

 

13. Pendidikan, termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran 13(a) dan (b) Senarai Persekutuan.

14. Perubatan dan kesihatan termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran 14(a) hingga (d) Senarai Persekutuan.

15. Buruh dan keselamatan sosial, termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran 15(a) hingga (b), tetapi bukan yang dinyatakan dalam butiran 15(c) Senarai Persekutuan.

16. Pencen, gratuiti dan elaun-elaun lain yang serupa itu, dan pampasan kerana hilang jawatan, berkenaan dengan perkhidmatan di bawah Negeri (termasuk mana-mana perkhidmatan kerajaan di dalam Negeri sebelum Hari Malaysia).

17. Kilang; dandang dan jentera; pertukangan berbahaya; bahan berbahaya dan mudah terbakar.

18. Elektrik; gas dan kerja-kerja gas.

19. Penjaja beredar.".

Jadual Kesembilan, Senarai III:

Lihat Per. 74(1), (2), 76A(3), 79(1), 80(2), 82, 95B(1)(a), (b), (2).

Butiran 9A: Dimasukkan oleh Akta A354, seksyen 48, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Perkataan "Kecuali mengenai Sabah dan Sarawak, langkah-langkah" digantikan dengan "Langkah-langkah" oleh Akta A514, seksyen 17, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Butiran 9B dan 9C: Ditambahkan oleh Akta A704, seksyen 12, berkuat kuasa dari 10-6-1988.

Jadual Kesembilan, Senarai IIIA:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Tajuk: Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Butiran 10: Perkataan "kesahtarafan" di baris dua dimasukkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

Jadual Kesembilan, Senarai IIB:

Senarai ini yang berbunyi seperti yang berikut dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 36, berkuat kuasa dari 16-9-1963, dam dimansuhkan oleh Akta 59/1996, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965:

"SENARAI IIIB-TAMBAHAN KEPADA SENARAI BERSAMA BAGI SINGAPURA

 

10. Undang-undang diri yang berhubungan dengan perkkahwinan, perceraian, penjagaan, penyaraan, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat.

11. Pinjaman kepada, atau peminjaman oleh, pihak-pihak berkuasa Negeri atau berkanun yang menjalankan kuasa yang terletak pada hak mereka oleh undang-undang Negeri di Singapura.

12.

(a) Pengeluaran, pembekalan dan pembahagian barang-barang, tetapi bukan ganjaran atas pengeluaran; kawalan harga dan kawalan barang-barang makanan; pengadukan bahan-bahan makanan dan barang-barang lain;

(b) Import ke dalam Persekutuan dan eksport dari Persekutuan, tetapi bukan ganjaran atas eksport;

(c) Insurans; termasuk insurans wajib;

(d) Lelong dan pelelong;

(e) Industri; pengawalseliaan pengusahaan perindustrian;

(f) Perbankan; memberikan pinjaman wang; pemegang pajak gadai.



13. Perkapalan dan pelayaran, termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam butiran (9) (a), (b), (c), (e) dan (f) Senarai Persekutuan.

14. Pekerjaan profesional selain yang dinyatakan satu persatu dalam Senarai Persekutuan.

15. Pertubuhan-pertubuhan tidak diperbadankan.

16. Khairat dan amanah serta institusi khairat di dalam Negeri (iaitu, yang dikendalikan keseluruhannya di dalam Negeri atau diwujudkan dan dikendalikan di dalam Negeri itu) dan pemegang-pemegang amanahnya, termasuk pemerbadanannya dan pengawalseliaan serta penggulungan khairat dan institusi khairat yang diperbadankan di dalam Negeri itu.

17. Akhbar; penerbitan; penerbit; percetakan dan mesin cetak.

18. Penapisan.

19. Teater; panggung wayang; filem sinematograf; tempat hiburan awam.

20. Sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu sehingga Parlimen dengan persetujuan kerajaan Negeri memperuntukkan selainnya, pilihan raya ke Dewan Undangan.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas