Jadual Kedua-Bahagian II-Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang bagi orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia.


JADUAL KEDUA

BAHAGIAN II

[Perkara 14(1)(b)]

KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA
UNDANG-UNDANG BAGI ORANG YANG LAHIR
PADA ATAU SELEPAS HARI MALAYSIA


1. Tertakluk kepada peruntukan Bahagian III Perlembagaan ini, orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara atau bermastautin secara tetap di Persekutuan; dan

(b) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persektuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan

(c) tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persektuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang di tetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan; dan

(d) tiap-tiap orang yang lahir si Singapura dan sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan orang itu pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara selain menurut kuasa perenggan ini; dan

(e) tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara selain menurut kuasa perenggan ini.

2. (1) Seseorang bukanlah warganegara menurut kuasa peranggan (a), (d) atau (e) seksyen 1 jika, pada masa itu dia lahir, bapanya, yang bukan seorang warganegara, mempunyai apa-apa kekebalan daripada guaman dan proses undang-undang sebagaimana yang diberikan kepada utusan sesuatu kuasa berdaulat yang di watikahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, atau jika bapanya ketika itu seorang orang asing musuh dan kelahiran itu berlaku di suatu tempat di bawah pendudukan musuh.

(2) Dalam seksyen (1), sebutan dalam perenggan (b) mengenia seseorang yang lahir di Persekutuan termasuklah

kelahiran sebelum Hari Malaysia di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak.

(3) Bagi maksud perenggan (e) seksyen 1, seseorang akan dikira sebagai mempunyai, pada masa dia lahir, apa-apa

kewarganegaraan yang diperolehnya dalam masa satu tahun kemudiannya menurut kuasa mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan perenggan (c) seksyen itu selainnya.

____________________________________________
CATATAN

Jadual Kedua:

BAHAGIAN II

1. Ditambahkan oleh Akta 26-1963, subseksyen 24(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963, Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, memotong sebutan yang berikut mengenai Singapura dan warganegara Singapura:

(a) Tajuk-perkataan "SELAIN WARGANEGARA SINGAPURA" yang terdapt di hujungnya:

(b) Seksyen 1(a) dan (e)-perkataan "atau di luar Singapura" yang terdapat selepas "di Persekutuan";

(c) Seksyen 1(a)-perkataan ",tetapi bukan seorang warganegara Singapura," yang terdapat selepas "ialah seorang warganegara";

(d) Seksyen 1(b), (c) dan (d)-perkataan "'tetapi bukan seorang warganegara Singapura," yang terdapat selepas "pada masa kelahiran itu ialah seorang warganegara";

(e) Seksyen 2(2)-perkataan "atau Singapura" yang terdapat di hujungnya. Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

2. Lihat Bahagian III, seksyen 19A-19C.

Seksyen 1(a) dan (d): Lihat seksyen 2(1).

Seksyen 1(b): Lihat seksyen 2(2).

Seksyen 1(c): Lihat seksyen 2(3).

Seksyen 1(e): Lihat seksyen 2(1), (3).

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas