PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am




Perkara 112. Sekatan ke atas perubahan dalam perjawatan Negeri.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), tiada Negeri boleh, tanpa kelulusan Persekutuan, membuat apa-apa tambahan kepada perjawatannya atau perjawatan bagi mana-mana jabatannya, atau mengubah kadar bagi gaji dan emolumen yang sudah tetap, jika kesan daripada perbuatan sedemikian akan menambah liabiliti Persekutuan berkenaan dengan pencen, ganjaran atau elaun lain yang seumpamanya.

(2) Perkara ini tidak terpakai bagi--

(a) pelantikan tidak berpencen yang gaji maksimumnya tidak melebihi empat ratus ringgit sebulan atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong; atau

(b) pelantikan berpencen yang gaji maksimumnya tidak melebihi seratus ringgit sebulan atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong.

____________________________________________
CATATAN

Per. 112:

Fasal (2)(a) dan (b): Perkataan "atau apa-apa amaun lain yang ditetapkan melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong" dimasukkan selepas "sebulan" oleh Akta A354, seksyen 24, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas