PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA
Perkara 117. Bahagian pilihan raya Negeri.
Bagi pemilihan ahli-ahli ke Dewan Undangan sesuatu Negeri, Negeri itu hendaklah dibahagikan kepada seberapa banyak bahagian pilihan raya mengikut bilangan ahli yang dipilih supaya seorang ahli dipilih bagi setiap bahagian pilihan raya; dan pembahagian itu hendaklah dibuat mengikut peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas.
_____________________________________________
CATATAN
Per. 117:
1. Perkataan "mengikut peruntukan yang terkandung dalam Jadual Ketiga Belas" yang terdapat di hujung perenggan menggantikan perkataan "mengikut cara yang diperuntukan oleh Fasal (4) Perkara 116" oleh Akta 14/1962, Jadual seksyen 8, berkuat kuasa dari 21-6-1962.
2. Lihat Jadual ke-13 seksyen 2.