PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 126. Kuasa menghukum kerana penghinaan.

Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi berkuasa menghukum apa-apa penghinaan terhadapnya.

____________________________________________
CATATAN

Per. 126:

1. Perkataan "Mahkamah Besar" digantikan dengan Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi" oleh Akta 26/1963, subseksyen 22(4), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Perkataan "Persekutuan" digantikan dengan "Agung" oleh Akta A566, subseksyen 16(1), berkuat kuasa dari 1-1-1985.

3. Perkataan dalam nota bahu digantikan dengan perkataan "Kuasa menghukum kerana penghinaan"; dan perkataan "Mahkamah Agung" digantikan dengan perkataan "Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan" oleh Akta A885, seksyen 23, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas