PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 129. (Bidang kuasa khas Mahkamah Agung tentang tafsiran Perlembagaan-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


_____________________
CATATAN


Per. 129:

Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 26/1963, seksyen 14 berkuat kuasa dari 16-9-1963:

"129. Tanpa menjejaskan apa-apa bidang kuasa rayuan atau penyemakan Mahkamah Besar, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Besar boleh, atas permohonan salah satu pihak dalam prosiding itu, memutuskan soal itu dan sama ada membereskan kes itu atau menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu.".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas