PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 130. Bidang kuasa nasihat Mahkamah Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka.



___________________________
CATATAN

Per. 130:

1. Perkataan "Mahkamah Besar" digantikan dengan "Mahkamah Persekutuan" oleh Akta 26/1963, subseksyen 22(5), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Kemudiannya pula, perkataan "Persekutuan" digantikan dengun "Agung" oleh Akta A566, subseksyen 16(1), berkuat kuasa dari 1-1-1985.

2. Lihat Per. 121(2)(b).

3. Perkataan "Agung" digantikan dengan "Persekutuan" oleh Akta A885, seksyen 26, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas