PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 131. (Rayuan daripada Mahkamah Persekutan-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


__________________________
CATATAN

1. Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963 memotong perkataan "atau oleh Fasal (2)" yang terdapat selepas "dibenarkan oleh undang-undang persekutuan" dan Akta 26/1963, subseksyen 22(6), berkuat kuasa dari 16-9-1963, menggantikan "Mahkamah Besar" dengan "Mahkamah Persekutuan".

2. Fasal (2) Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

 

"(2) Sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya, sesuatu rayuan dibenarkan di bawah Perkara ini dalam hal-hal yang berikut, iaitu:

 

(a)

dalam hal apa-apa keputusan terhadap rayuan daripada Mahkamah Agung Persekutuan yang akan dilayani oleh Baginda Ratu dalam Majlis (dengan atau tanpa kebenaran istimewa) sebaik sebelum Hari Merdeka; dan

(b)

dalam hal apa-apa keputusan tentang kuat kuasa mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, termasuk apa-apa pendapat yang diumumkan setelah rujukan dibuat di bawah Perkara 130.".

 

3. Kemudiannya pula, Fasal (1), (3) dan (4) yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A566, seksyen 17, berkuat kuasa dari 1-1-1985:

 

"(1) Yang di-Pertuan Agong boleh membuat perkiraan dengan Baginda Ratu untuk merujukkan rayuan-rayuan daripada Mahkamah Persekutuan kepada Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy Baginda Ratu; dan, tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, sesuatu rayuan daripada Mahkamah itu hendaklah dibuat kepada Yang di-Pertuan Agong jika rayuan itu dibenarkan oleh undang-undang persekutuan, dan yang berkenaan dengannya peruntukan bagi merujukkannya kepada Jawatankuasa tersebut dibuat oleh atau di bawah enakmen yang mengawal selia prosiding Jawatankuasa itu.

(3) Apa-apa rayuan di bawah Perkara ini hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat tentang kebenaran atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang persekutuan atau oleh atau di bawah enakmen yang mengawal selia prosiding Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy Baginda Ratu.

(4) Apabila diterima laporan atau syor Jawatankuasa tersebut berkenaan dengan sesuatu rayuan di bawah Perkara ini daripada Kerajaan Baginda Ratu di United Kingdom, Yang di-Pertuan Agong hendaklah membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan laporan atau syor itu.".

 

4. Lihat P.W. 1254/1958, P.U. 30/ 1964 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], seksyen 74 hingga 79.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas