PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM




Perkara 141A. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

(1) Maka hendaklah ada suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan yang bidang kuasanya hendaklah, tertakluk kepada Perkara 144, meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (h) Fasal (1) Perkara 132.

(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, iaitu, seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada empat orang anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidak boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Angong, melebihi lapan* orang.

(3) Seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang dilantik menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi tidaklah layak memegang apa-apa jawatan selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan selain sebagai anggota sesuatu Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai.


____________________________________
CATATAN

Per. 141A:

Lihat Per. 148(1).

Perkara baru ini dimasukkan oleh Akta A193, seksyen 4, berkuat kuasa dari 1-1-1974.

Fasal (2): (a) Perkataan "empat orang anggota" digantikan dengan "tidak kurang daripada empat orang tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain" oleh Akta A354, seksyen 33, berkuat kuasa dari 27-8-1976, dan perkataan", seorang Timbalan Pengerusi" dimasukkan selepas "Pengerusi" oleh Akta A442, seksyen 4, berkuat kuasa dari 31-12-1978.

(b) Perkataan "tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain" digantikan dengan "anggota lain; tetapi bilangan anggota lain itu tidaklah boleh, sehingga diperuntukkan selainnya melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong, melebihi lapan orang" oleh Akta A767, seksyen 4, berkuat kuasa dari 11-5 1990.

Fasal (3): Perkataan "atau Timbalan Pengerusi" dimasukkan selepas "Pengerusi" oleh Akta A442, seksyen 4, berkuat kuasa dari 31-12-1978.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas