PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM
Perkara 146. Laporan Suruhanjaya.
(1) Setiap Suruhanjaya yang baginya Bahagian ini terpakai hendaklah membuat suatu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan salinan-salinan laporan itu hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
(2) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah menghantar satu salinan tiap-tiap laporan yang dibuat di bawah Perkara ini kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri setiap Negeri yang anggota-anggota perkhidmatan awamnya diliputi oleh bidang kuasa Suruhanjaya itu, dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri itu hendaklah membentangkan laporan itu di hadapan Dewan Undangan.
__________________________________
CATATAN
Per. 146:
Fasal (2): Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976.
Lihat Per. 146C(3)