PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM




Perkara 146B. (Cawangan-cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap Negeri Sabah atau Sarawak-Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).


____________________________________-
CATATAN

Per. 146B:

1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 55, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, memindanya seperti yang berikut:

 

(a)

Fasal (1): Dengan memotong perkataan "atau di Singapura" yang terdapat selepas "sesuatu Negeri Borneo". Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

(b)

Fasal (2): Fasal ini digantikan oleh Akta A354, seksyen 36, berkuat kuasa dari 27-8-1976. Fasal yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:

"(2) Tertakluk kepda Fasal (3), cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi sesuatu Negeri di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada mana-mana anggota daripada badan induk Suruhanjaya itu yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dan mana-mana anggota khas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pada membuat mana-mana pelantikan di bawah Fasal ini Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak menurut budi bicaranya, selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Gabenor Negeri itu.".

(c)

Fasal (3): Fasal ini yang dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 36, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

"(3) Selagi Fasal ini berkuat kuasa, maka di mana-mana Negeri yang pada masa ini terdapat suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, anggota-anggota Suruhanjaya itu hendaklah secara ex officio menjadi anggota cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri itu, dan cawangan itu hendaklah terdiri daripada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri itu dan tidak lebih daripada dua orang anggota daripada badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.".

(d)

Fasal (6): Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

(e)

Fasal (7): Dengan memotong perkataan "atau Singapura" yang terdapat selepas "Negeri Borneo". Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976 dan perkataan "dan cawangan itu ditubuhkan mengikut Fasal (3)" selepas 'Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di bawah Perkara ini" dipotong oleh Akta A354, seksyen 36, berkuat kuasa dari 27-8-1976. Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

(f)

Fasal (8): Dengan menggantikan Fasal yang dahulu yang berbunyi seperti yang berikut dengan Fasal yang ada sekarang:

"(8) Fasal (1) dan (3) hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu mana-mana satu daripada Fasal itu hendaklah terus berkuat kuasa-

(a)

berhubung dengan sesuatu Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan; dan

(b)

berhubung dengan Singapura, sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya melalui suatu Akta yang diluluskan dengan persetujuan Gabenor.".


Perkataan "Fasal (1) dan (3) hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu mana-mana satu daripada Fasal itu" digantikan dengan "Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu", dan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A354, seksyen 36, 43, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

2. Lihat Per. 139(4), 146C(1), (2), (3).

3. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 55, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkara ini yang dimansuhkan oleh Akta A514, seksyen 13, berkuat kuasa dari 15-5-1981, berbunyi seperti yang berikut:

"Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di dalam setiap Negeri Sabah dan Sarawak

146B. (1) Berkenaan dengan anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan yang diambil kerja dalam jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak, fungsi-fungsi yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah, selagi Fasal ini berkuat kuasa, dijalankan oleh cawangan Suruhanjaya itu yang ditubuhkan bagi Negeri itu.

(2) Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan bagi sesuatu Negeri di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada enam orang anggota (dua orang daripadanya hendaklah daripada kalangan anggota badan induk Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya tetapi selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding dengan Majlis Raja-Raja.

(3) (Dimansuhkan).

(4) Mana-mana anggota cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditubuhkan di bawah Fasal (1) sebagaimana yang ditetapkan oleh Pengerusi Suruhanjaya hendaklah menjadi pengerusi cawangan itu.

(5) Bilangan anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang dikehendaki oleh Fasal (4) Perkara 139 adalah sama seperti bilangan anggota badan induknya, tidak termasuk mereka yang menjadi anggota sesuatu cawangan tetapi bukan anggota badan induk.

(6) Jika sesuatu jawatan dalam jabatan persekutuan di Negeri Sabah atau Sarawak memerlukan kewajipan dijalankan di dalam atau berkenaan dengan Negeri yang satu lagi itu, maka cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang bidang kuasanya meliputi jawatan itu ialah cawangan bagi Negeri di mana ketua jabatan itu biasanya ditempatkan atau, jika terdapat apa-apa keraguan atau kesulitan, mana-mana jua cawangan yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.

(7) Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, selagi terdapat cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi Negeri Sabah atau Sarawak di bawah Perkara ini, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah meliputi (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatertib ke atas mereka) anggota perkhidmatan awam Negeri itu yang dipinjamkan kepada perkhidmatan awam am Persekutuan, selain anggota-anggota dalam atau di bawah apa-apa gred yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan persetujuan Gabenor; dan bagi maksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam anggota-anggota itu hendaklah disifatkan (kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka) sebagai anggota-anggota perkhidmatan awam am Persekutuan.

8. Perkara ini hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak sehingga ditetapkan sebaliknya oleh Kerajaan Persekutuan

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas