PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN X - PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN AWAM




Perkara 146D. Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan Negeri di Negeri Sabah dan Sarawak.

Walau apa pun Fasal (2) Perkara 134, bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam Negeri Sabah atau Sarawak yang dipinjamkan kepada pasukan polis; dan bagi maksud Suruhanjaya Pasukan Polis mereka adalah disifatkan sebagai anggota pasukan polis.

(2) (Dimansuhkan)

(3) (Dimansuhkan)



_________________________________
CATATAN

Per. 146D:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 57, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Fasal (1): "(1)" di permulaan Fasal dipotong dan perkataan "(kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka)" selepas "Suruhanjaya Pasukan Polis hendaklah meliputi" dipotong dan "(kecuali mengenai penjalanan kawalan tatatertib ke atas mereka)" selepas 'Suruhanjaya Pasukan Polis anggota itu hendaklah disifatkan" dipotong oleh Akta A354, seksyen 38, berkuat kuasa dari 27-8-1976, dan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Fasal (2) dan (3): Fasal-Fasal ini yang dimansuhkan oleh Akta A354, seksyen 38, berkuat kuasa dari 27-8-1976, berbunyi seperti yang berikut:

 

"(2) Jika di sesuatu Negeri Borneo tidak terdapat suatu lembaga yang menjalankan kawalan tatatertib ke atas orang tersebut dan yang mempunyai keanggotaan yang terdiri daripada yang berikut, iaitu:

 

(a) Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di Negeri itu; dan

(b) penasihat undang-undang Negeri itu; dan

(c) pegawai kanan polis Negeri itu; dan

(d) seorang wakil pegawai polis yang memerintah seluruh pasukan polis,

 

maka Fasal (1) hendaklah terpakai seolah-olah Fasal itu tidak membuat apa-apa kecualian bagi penjalanan kawalan tatatertib.

(3) Beberapa peruntukan yang diperuntukkan dalam Fasal (2) Perkara 139 bagi memperluas bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam supaya meliputi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri dalam hal-hal keadaan yang tertentu tidaklah terpakai bagi anggota-anggota perkhidmatan awam sesuatu Negeri Borneo yang dipinjamkan kepada pasukan polis.".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas