PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI




Perkara 156. Sumbangan bagi membantu kadar-kadar berkenaan dengan harta persekutuan dan Negeri.

Jika tanah, bangunan, atau hereditamen diduduki bagi maksud awam oleh atau bagi pihak Persekutuan, sesuatu Negeri atau sesuatu pihak berkuasa awam, maka Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu tidaklah bertanggungan membayar kadar-kadar tempatan berkenaan dengannya tetapi bagi membantu pembayaran kadar-kadar itu hendaklah memberikan apa-apa sumbangan berkenaan dengannya sebagaimana yang dipersetujui antara Persekutuan, Negeri atau pihak berkuasa awam itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan pihak berkuasa yang melevikan kadar-kadar itu atau, jika tidak ada persetujuan, sebagaimana yang diputuskan oleh suatu tribunal yang terdiri daripada pengerusi Tribunal Tanah yang ditubuhkan di bawah Perkara 87, yang hendaklah mempengerusikannya, dan dua orang anggota lain dengan setiap satu pihak yang berkenaan itu melantik seorang anggota.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas