PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI




Perkara 158. (Perkiraan dengan Brunei-Dimansuhkan)

(Dimansuhkan).


___________________________________
CATATAN

Per. 158:

Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963, menggantikan perkataan "mana-mana wilayah yang Perkara ini terpakai baginya" yang terdapat di hujung perenggan (a), (b) dan (c) Fasal (1) dengan "Brunei" dan memansuhkan Fasal (2) yang berbunyi seperti yang berikut:

 

"(2) Perkara ini terpakai bagi Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara.".

 

Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta A704, seksyen 11, berkuat kuasa dari 10-6-1988:

 

"158. (1) Tiada apa-apa jua dalam Perlembagaan ini boleh dikira sebagai melarang daripada dibuat atau diteruskan perkiraan yang menurutnya-

 

(a)

jabatan-jabatan, pihak-pihak berkuasa atau perkhidmatan-perkhidmatan disenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Brunei; atau

(b)

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana pegawainya atau pihak berkuasanya bertindak sebagai ejen bagi Kerajaan Brunei; atau

(c)

apa-apa bahagian kuasa eksekutif Persekutuan dijalankan, dengan persetujuan Kerajaan Persekutuan, oleh mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Kerajaan Brunei.

 

(2) (Dimansuhkan)."

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas