PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XII - AM DAN PELBAGAI




Perkara 160A. Cetakan semula Perlembagaan.

Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan salinan Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana salinan Perlembagaan ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan Persekutuan.

____________________________________________
CATATAN

Per.160A:

Perkara baru ini dimasukkan oleh Akta A1130, seksyen 12, berkuat kuasa dari 28-9-2001.

Ketika ini, Perlembagaan Persekutuan dicetak semula dari semasa ke semasa dengan kuasa daripada Pesuruhjaya Penyemak undang-Undang menurut Akta Penyemakan Undang-Undang 1968. Memandangkan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Persekutuan, sudah sepatutnya suatu peruntukan yang khusus bagi pencetakan semula sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan itu sendiri.

Catatan:

Apa-apa salinan sesuatu cetakan semula Perlembagaan Persekutuan di bawah Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
[Akta I] yang disifatkan sebagai teks sahih Perlembagaan Persekutuan di bawah Akta itu hendaklah terus menjadi teks sahih sedemikian sehingga wujud salinan Perlembagaan Persekutuan yang di bawah Perkara 160A, sebagaimana yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Akta A1130:

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas