PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 166. Pewarisan harta.

(1) (Dimansuhkan).

(2) (Dimansuhkan).

(3) Mana-mana tanah yang terletak pada hak Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah diduduki atau digunakan oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Baginda Ratu atau oleh mana-mana pihak berkuasa awam bagi maksud yang mengikut peruntukan Perlembagaan ini menjadi maksud persekutuan hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh pihak berkuasa awam yang tersebut, selagi tanah itu dikehendaki bagi maksud persekutuan, dan-

(a) tidaklah boleh dilupuskan atau digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud persekutuan tanpa persetujuan Kerajaaan Persekutuan; dan

(b) tidaklah boleh digunakan bagi maksud persektuan yang berlainan daripada maksud yang baginya tanah itu telah digunakan sebaik sebelum Hari Merdeka tanpa persetujuan Kerajaan Negeri itu.

(4) (Dimansuhkan).

(5) (Dimansuhkan).

(6) (Dimansuhkan).

(7) (Dimansuhkan).

(8) Mana-mana harta yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, kena rad kepada Baginda Ratu berkenaan dengan Kerajaan Melaka atau Kerajaan Pulau Pinang hendaklah pada Hari Merdeka kena rad kepada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

____________________________________________
CATATAN

Per. 166(1) & (2):

Fasal-Fasal ini yang berbunyi seperti berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963. seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

"(1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua harta dan aset yang sebaik sebelum Hari Merdeka terletak

hak pada Baginda Ratu bagi maksud Persekutuan atau tanah jajahan atau Negeri Selat Melaka atau tanah jajahan atau Negeri Selat Pulau Pinang, hendaklah pada Hari Merdeka terletak hak pada Persekutuan atau Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2) Mana-mana tanah di dalam Negeri Melaka atau negeri Pulau Pinang yang sebaik sebelum Hari Merdeka

terletak pada pada Baginda Ratu hendaklah pada hari itu terletak hak pada Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.".

Per. 166(4)-(7):

Fasal-Fasal ini yang berbunyi seperti berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963. seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

"(4) Mana-mana tanah Negeri yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, telah diduduki atau digunakan tanpa di rizabkan,

oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud yang menjadi maksud persekutuan pada hari itu, hendaklah pada hari itu dirizabkan bagi maksud persekutuan itu.

(5) Semua harta dan aset yang sebaik sebelum Hari Merdeka terletak hal pada Kerajaan Persekutuan atau

mana-mana orang lain bagi pihaknya bagi maksud yang pada hari itu terus menjadi maksud persekutuan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Persekutuan.

(6) Harta dan aset yang sebaik sebelum Hari Merdeka terletak hak pada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana

orang bagi pihaknya bagi maksud yang pada hari itu menjadi maksud mana-mana Negeri hendaklah pada hari itu terletak hak pada Negeri itu.

(7) Harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum Hari Merdeka telah digunakan oleh sesuatu Negeri bagi

maksud yang pada hari itu menjadi maksud persekutuan hendaklah pada hari itu terletak hak pada Persekutuan.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas