PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 169. Perjanjian, dsb., antarabangsa yang dibuat sebelum Hari Merdeka.

Bagi maksud Fasal (1) Perkara 76-

(a) apa-apa triti, perjanjian dan konvensyen yang dibuat sebelum Hari Merdeka antara Baginda Ratu atau pendulu-pendulunya atau Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan suatu negara lain hendaklah disifatkan sebagai suatu triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan negara yang lain itu;

(b) apa-apa keputusan yang diambil oleh sesuatu organisasi antarabangsa dan diterima sebelum Hari Merdeka oleh Kerajaan United Kingdom bagi pihak Persekutuan atau mana-mana bahagiannya hendaklah disifatkan sebagai keputusan suatu organisasi antarabangsa yang dianggotai oleh Persekutuan;

(c) berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, perenggan (a) dan (b) hendaklah terpakai dengan menggantikan sebutan mengenai Hari Malaysia dan menggantikan sebutan mengenai Persekutuan atau mana-mana bahagiannya dengan sebutan mengenai wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri itu atau mana-mana bahagiannya.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas