PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 170. Peruntukan sementara bagi orang yang layak mendaftar sebagai warganegara di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Fasal 126-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan)

____________________________________________
CATATAN

Per. 170:

Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

"170. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, mana-mana orang yang sebaik sebelum Hari Merdeka layak membuat permohonan untuk didaftarkan sebagai seorang warganegara Persekutuan di bawah Fasal 126, Perjanjian Persektuan Tanah Melayu 1948, adalah berhak apabila permohonan dibuat kepada pihak berkuasa pendaftaran dalam tempoh satu tahun yang bermula dari hari itu, didaftarkan sebagai seorang warganegara.

(2) Seseorang yang tidak berada di dalam Persektuan selama tempoh lima tahun terus menerus dalam tempoh

sepuluh tahun sebaik permohonannya dibuat di bawah Perkara ini tidaklah berhak didaftarkan di bawahnya melainkan jika diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia telah mengekalkan hubungan yang substantial dengan Persekutuan sepanjang tempoh itu.

(3) Perkara ini hendaklah ditafsirkan sebagai satu dengan Bahagian III; dan Perkara 18 dan 26 hendaklah terpakai

berhubung dengan pendaftaran di bawah Perkara ini, dan dengan orang yang didaftarkan sebagai warganegara di bawahnya, sebagaimana Perkara itu terpakai berhubung dengan pendaftaran di bawah Perkara 16 dan dengan orang yang didaftarkan di bawah Perkara itu.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas