PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XIII - PERUNTUKAN SEMENTARA DAN PERALIHAN




Perkara 171. Bahagian pilihan raya bagi pilihan raya pertama-Dimansuhkan.

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 171:

1. Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963, dan pemansuhan itu tidak menjejaskan perjalanan kuat kuasa mana-mana undang-undang yang menyebut bilangan bahagian pilihan raya yang dinyatakan dalam Fasal (2):

"171. (1) Perkara 116 tidak terpakai bagi pilihan raya pertama ke Dewan Rakyat, tetapi berkenaan dengan pilihan raya itu Persektuan hendaklah dibahagikan kepada bahagian-bahagiuan pilihan raya dengan membahagikan kepada dua bahagian pilihan raya setiap satu bahagian pilihan raya yang disempadankan bagi maksud pilihan raya ke Majlis Undangan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

(2) Bilangan bahagian pilihan raya bagi maksud pilihan raya yang pertama yang akan diadakan selepas Hari

Merdeka untuk Dewan-Dewan Undangan beberapa Negeri hendaklah seperti yang dinyatakan dalam Senarai yang berikut, dan bahagian-bahagian pilihan raya itu hendaklah disempadankan dengan membahagikan bahagian-bahagian pilihan raya yang disempadankan bagi maksud pilihan raya pertama ke Dewan Rakyat.


Senarai

Johor

..

..

..

32

Perak

..

..

..

40

Kedah

..

..

..

24

Perlis

..

..

..

12

Kelantan

..

..

..

30

Pulau Pinang

..

..

..

24

Melaka

..

..

..

20

Selangor

..

..

..

28

Negeri Sembilan

..

..

..

24

Terengganu

..

..

..

24.".

Pahang

..

..

..

24


2. Lihat Jadual ke-8 seksyen 21(1).

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas