PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN XV - PROSIDING TERHADAP YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA




Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

____________________________________________
CATATAN

Bahagian XV, Per. 183:

Ditambahkan oleh Akta A848, seksyen 7A, berkuat kuasa dari 30-3-1993.

Catatan:

Tiada apa-apa jua prosiding boleh dibawa didalam mana-mana mahkamah atau didalam Mahkamah Khas terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada olehnya sebelum permulaan kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993-Lihat seksyen 8 Akta A848.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas