PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IV - PERSEKUTUAN
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan




Perkara 50. Akibat kehilangan kelayakan, dan larangan mengenai penamaan atau pelantikan tanpa persetujuan.

(1) Jika seseorang ahli mana-mana satu Majlis Parlimen hilang kelayakan untuk menjadi ahli Majlis itu maka kerusinya hendaklah menjadi kosong.

(2) Jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Rakyat dipilih ke Dewan Rakyat atau jika seseorang yang hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Negara dipilih atau dilantik ke Dewan Negara atau jika pemilihan atau pelantikan mana-mana satu Majlis Parlimen adalah berlawanan dengan Perkara 49, maka pemilihan atau pelantikan itu adalah terbatal.

(3) (Dimansuhkan).

(4) Seseorang tidak boleh dinamakan dengan sah untuk dipilih sebagai ahli ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau dilantik dengan sah ke Dewan Negara tanpa persetujuannya.


________________________________
CATATAN

Per. 50:

1. Lihat Per. 57(1A).

2. Fasal (3): Fasal ini yang berbunyi seperti yang berikut, dimansuhkan oleh Akta 25/1963, subseksyen 3(1), berkuat kuasa dari 29-8-1963:

 

"(3) Jika pemilihan mana-mana orang akan atau mungkin menjadi tidak sah di bawah Fasal (2) penamaannya bagi pemilihan itu adalah tidak sah.".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas