PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan




Perkara 82. Pembiayaan perbelanjaan yang berhubungan dengan perkara dalam Senarai Bersama.

Jika mana-mana undang-undang atau tindakan eksekutif yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai Bersama melibatkan perbelanjaan, maka hendaklah diambil tindakan di bawah Perlembagaan ini yang akan memastikan bahawa, melainkan jika dipersetujui selainnya, beban perbelanjaan itu ditanggung--

(a) oleh Persekutuan, jika perbelanjaan itu berbangkit sama ada daripada komitmen persekutuan atau daripada komitmen Negeri yang diakujanjikan mengikut dasar persekutuan dan dengan kelulusan khusus Kerajaan Persekutuan;

(b) oleh Negeri atau Negeri-Negeri yang berkenaan, jika perbelanjaan itu berbangkit daripada komitmen Negeri yang diakujanjikan oleh Negeri atau Negeri-Negeri itu atas kuasa Negeri atau Negeri-Negeri itu sendiri.



_____________________________________
CATATAN

Per. 82:

Lihat Per. 76A(3).

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas