PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
Bab 4 - Tanah




Perkara 88. Pemakaian Perkara 83 hingga 87 bagi Negeri yang tidak mempunyai Raja.

Dalam pemakaiannya bagi mana-mana Negeri yang tidak mempunyai Raja, Perkara 83 hingga 87 hendaklah berkuat kuasa--

(a) tertakluk kepada apa-apa penyesuaian (jika ada) sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen, iaitu penyesuaian yang dikehendaki untuk memastikan bahawa Perkara-Perkara itu terpakai (dengan seberapa hampir yang dapat dilaksanakan memandangkan perbezaan-perbezaan dalam sistem pemegangan tanah) mengikut cara yang sama sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai bagi Negeri-Negeri lain; dan

(b) dalam hal Negeri Sabah dan Sarawak, dengan meninggalkan perenggan (a) Fasal (5) dalam Perkara 83.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 88:

Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, skesyen 44, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, meminda perenggan (b) dengan memotong perkataan "dan Singapura" yang terdapat selepas "Negeri-Negeri Borneo". Perkataan asal berbunyi seperti yang berikut:

"88. Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mengubahsuaikan Perkara 83 hingg 87 dalam pemakaiannya bagi Melaka dan Pulau Pinang mengikut apa-apa cara yang difikirkannya perlu.".

Perenggan (b): Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 17-8-1976.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas