PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VI - PERHUBUNGAN ANTARA PERSEKUTUAN DENGAN NEGERI-NEGERI
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak




Perkara 95D. Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan.

Berhubung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, Fasal (4) Perkara 76 tidaklah terpakai, dan juga perenggan (b) Fasal (1) Perkara itu tidak membolehkan Parlimen membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disebut dalam Fasal (4) Perkara itu.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 95D:

1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 42, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "dan berhubung dengan Singapura" yang terdapat selepas "sesuatu Negeri Borneo" dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965.

2. Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas