|ENGLISH

 

[ ]

 

BAJET 2009


Cebisan Ucapan Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Sempena Pembentangan Bajet 2009
29 Ogos 2008
Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.
 

1 Berikut adalah antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri yang berkaitan dengan persaraan dan pencen :
 
 

“Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.”
 

2 Huraian
 
  a. Hanya untuk
  1. Pesara yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun; dan
  2. Balu atau duda dan anak yang menerima pencen terbitan bagi perkhidmatan gemulah pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun.
 
  b. Pencen minimum RM720 sebulan diberi mulai Januari 2009 kepada individu di perenggan 2   (a)(i) dan (ii) yang sebelum itu menerima kurang daripada RM720 sebulan.
 
  c. Pencen minimum RM720 adalah termasuk apa-apa potongan. Sila lihat contoh seperti di perenggan e(i) dan e(ii).
 
  d. Pemberian pencen tambahan bagi pencen terbitan adalah berasaskan pencen pokok dan bukan pembahagian syer penerima. Lihat contoh seperti di perenggan e(iii).
 
  e. Contoh-contoh perkiraan
    i Pesara A (yang mempunyai tempoh perkhidmatan 27 tahun) telah diberi pencen sebanyak RM850 sebulan tetapi hanya menerima RM300 sebulan kerana baki RM550 adalah bagi kutipan-balik pinjaman perumahan. Pesara ini sudah pun diberi pencen pokok lebih daripada RM720 dan TIDAK akan diberi apa-apa tambahan.
 
    ii Pesara B (yang mempunyai tempoh perkhidmatan 29 tahun) diberi pencen RM570 sebulan tetapi hanya menerima RM300 sebulan kerana baki RM270 adalah bagi kutipan-balik pinjaman perumahan. Pesara ini akan menerima pencen tambahan (RM720 – RM570), iaitu RM150 mulai Januari 2009.
 
    iii Gemulah pegawai C telah meninggal dunia selepas berkhidmat 31 tahun dan meninggalkan 2 balu. Pencen terbitan bagi perkhidmatan beliau ialah RM1200 sebulan. Setiap balu menerima syer pencen terbitan RM600 sebulan. Memandangkan pencen terbitan pokok (iaitu RM1200) dalam kes ini sudah pun melebihi RM720, tiada pencen tambahan bagi kes ini mulai Januari 2009.