|ENGLISH

 

[ ]

 

CEBISAN BAJET 2012


 

3 Hadiah Kepada Pesara Kerajaan Malaysia
Cebisan Ucapan Y.A.B Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak
Sempena Pembentangan Bajet 2012 Di Dewan Rakyat
7 Oktober 2011

 

 

Antara kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri yang berkaitan dengan dasar baru persaraan dan pencen :

   
1.

        Kerajaan sentiasa prihatin dengan beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan perlaksanaan SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam), lebih 600 ribu pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit.
 

  Nota:
Penyelarasan pencen yang dimaksudkan ialah yang dilaksanakan melalui perjalanan undang- undang , khususnya Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238), berkuatkuasa mulai perlaksanaan gaji baru, iaitu 2012
   
2. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua  peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

 
3.

        “….. sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum 500 ringgit sebulan dan bayaran bantuan 500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan dengan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan.”