BAYARAN KHAS KEWANGAN
KEPADA PESARA KERAJAAN YANG MENERIMA PENCEN
YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober
2013 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi
Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada pesara Kerajaan yang
menerima pencen.
Bayaran Khas Kewangan ini akan diberi kepada semua pesara
Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa
Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum
31 Disember 2013 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai
yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 30
Disember 2013 dan menerima pencen terbitan mulai 31 Disember
2013.
Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar
melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 2
Januari 2014. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun
bank penerima pencen.
Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank
(di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan
RM250 ini.
Bagi penerima yang dibayar melalui waran, waran akan diposkan pada
2 Januari 2014 dan boleh menunaikannya dengan serta merta.
Bayaran Khas Kewangan untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Kementerian
Pertahanan. JHEV boleh dihubungi di talian 03 2050 8000 atau laman
web
http://www.jhev.gov.my
Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kebajikan rakyat.
Sehubungan dengan itu, bagi memberi keringanan kepada para pesara
dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar pencen
telah diberi kenaikan sebanyak 2% setiap tahun.
Kadar kenaikan ini telah dilaksanakan
dan pesara akan menerima kadar pencen dengan kenaikan sebanyak 2%
berbanding kadar pencen diterima pada tahun 2013 bermula 21
Januari 2014.
Sebarang
pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 8885 4906/ 4475/ 4476/ 4477/
4478
Dato’ Yeow
Chin Kiong
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan
26 Disember 2013 |