|ENGLISH

 

[ ]

 

BAYARAN KHAS PESARA 2011

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan mengenai pemberian Bayaran Khas Pesara RM 500.00 kepada pesara kerajaan Malaysia. Bayaran Khas Pesara itu akan diberi kepada semua pesara yang bersara pada atau sebelum 8 Ogos 2011 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 7 Ogos 2011 dan menerima pencen terbitan pada 8 Ogos 2011.

Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 19 Ogos 2011. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500.00 ini.

Penerima yang dibayar melalui waran akan menerima waran yang diposkan pada 19 Ogos 2011 boleh menunaikannya dengan serta merta.

Sebarang kemusykilan sila hubungi Pusat Panggilan Setempat Bahagian Pasca Perkhidmatan di talian 03-8885 4906.

 


 button.gif PETA LAMAN | button_2.gif PENAFIAN | button_1.gif HIPERANGKAI

 

HAK CIPTA TERPELIHARA ©2005  

Untuk paparan terbaik, sila gunakan Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024 × 768 pixel
 Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya, Malaysia,
 Tel : 603 8885 4906 / 4475 / 4477 / 4478