|ENGLISH

 

[ ]

 

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 Kepada Pesara Berpencen

Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 Kepada Pesara Berpencen

Susulan dari pengumuman yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA) pada 17 Jun 2015, Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250 kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen termasuk penerima pencen terbitan

Bayaran ini adalah bertujuan sebagai persiapan pesara/ penerima pencen terbitan dalam menyambut Ramadan dan Hari raya Aidilfitri.  Bayaran ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2015 kepada kesemua pesara yang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.