|ENGLISH

 

[ ]

 

KENYATAAN AKHBAR OLEH JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MENGENAI PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2010

YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober 2010 telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM 500.00 kepada penerima pencen. Sehubungan dengan itu, penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 1 Disember 2010. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen. Penerima yang kini perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500 ini.

Penerima yang dibayar melalui waran akan menerima waran yang diposkan sebelum 1 Disember 2010 dan boleh menunaikannya dengan serta merta. Semakan boleh dilakukan di Portal Bahagian Pasca Perkhidmatan di url berikut : http://apps.jpapencen.gov.my/bipp/

Sila tujukan sebarang kemusykilan mengenai hal ini kepada :-
Telefon : 03-88854135/4160
Email : kamarudin.ghani@jpa.gov.my