|ENGLISH

 

[ ]

 

BAYARAN KHAS KEWANGAN RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN

 button_1.gif
 

BAYARAN KHAS KEWANGAN RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN

YAB Perdana Menteri pada 25 Julai 2012 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara Kerajaan.  

Bayaran Khas Kewangan itu akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 25 Julai 2012 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 24 Julai 2012 dan menerima pencen terbitan pada 25 Julai 2012.

Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 9 Ogos 2012. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500 ini.

Penerima yang dibayar melalui waran yang akan diposkan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 boleh menunaikannya dengan serta merta.

Bayaran Khas Kewangan untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Kementerian Pertahanan. JHEV boleh dihubungi di talian 03-2050 8000 atau laman web http://www.jhev.gov.my.

Sebarang kemusykilan sila hubungi talian 03-8885 4421 / 4438 / 4424 / 4732 /4747.  
 

Muat Turun Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012 : Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Tahun 2012

Dato’ Yeow Chin Kiong
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan
 

26 Julai 2012

ckyeow@jpa.gov.my