SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BAYARAN BANTUAN MENGURUS
JENAZAH BERPANDUKAN PERATURAN PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL 3 TAHUN
2010
1.
Siapa
Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada
15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara
Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun,
Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.
(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada
penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)
2.
Berapa
RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu
sahaja) tertakluk kepada potongan pencen terlebih dibayar,
jika ada.
3.
Penerima Mengikut Keutamaan
i)
Balu/Duda;
ii)
Anak;
iii)
Ibu/Bapa
iv)
Ahli keluarga yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah
perlu disertakan).
v)
Pihak yang menguruskan jenazah (Surat Akuan Sumpah perlu
disertakan).
4.
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui
laman sesawang
www.jpapencen.gov.my, dilengkapkan dan dikemukakan ke
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) di alamat berikut
bersama dokumen sokongan:
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen)
Aras 2-5,Blok C2, Kompleks
C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W. P. Putrajaya
Malaysia
5.
Cara Bayaran
Penerima dalam Malaysia:
i)
Waran
ii)
Kredit Bank
Penerima di luar Malaysia:
i)
Pindahan Telegrafik
ii)
Deraf Bank
Untuk paparan terbaik, sila gunakan
Internet Explorer 6.0 dan ke atas dengan resolusi skrin komputer 1024
× 768 pixel Jabatan Perkhidmatan Awam,
Bahagian Pencen,
Aras 2-5, Blok C2, Parcel C, Kompleks Kerajaan Persekutuan, 62510
Putrajaya, Malaysia,
Tel : 603 88854000