[ ]

BANTUAN MENGURUS JENAZAH

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BAYARAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH BERDASARKAN PEMANJANGAN PERATURAN PP WP6.4 BANTUAN MENGURUS JENAZAH DAN BAYARAN PENGANGKUTAN JENAZAH BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM 

1.

Kelayakan pemohon

 

 

Waris bagi pesara Kerajaan Malaysia yang telah meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya meliputi pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)

2.

Amaun

 

RM3,000.00 (Ringgit Malaysia tiga ribu sahaja).

3.

Tempoh permohonan

 

Permohonan bayaran bantuan mengurus jenazah hendaklah dituntut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

Permohonan yang dituntut melebihi tempoh 12 bulan dari tarikh kematian tidak akan diproses.

4.

Penerima Mengikut Keutamaan

 

  1. Balu atau Duda;
  2. Anak;
  3. Ibu atau Bapa;
  4. Pihak lain yang menguruskan jenazah.

5.

Dokumen sokongan yang perlu dikemukakan

 

  1. Balu atau Duda salinan Sijil Nikah;
  2. Anak salinan Sijil Kelahiran Anak;
  3. Ibu atau Bapa salinan Sijil Kelahiran Pesara;
  4. Pihak lain yang menguruskan jenazah - Surat Akuan Sumpah dan dokumen sokongan/resit rasmi bukti pengurusan kematian.

6.

Cara Memohon

 

 

 

 

Permohonan hendaklah menggunakan borang JPA.BP.UMUM.BMJ Pin 2023 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.jpapencen.gov.my.

Borang yang telah dilengkapkan bersama dokumen sokongan hendaklah dikemukakan ke alamat berikut:

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan
Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4
63000 Cyberjaya
SELANGOR

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sabah
Aras 1, Blok A
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah
Jalan UMS - Sulaman, Likas
Peti Surat No 2061
88450 Kota Kinabalu
SABAH

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pencen Cawangan Sarawak
Aras 2, Bangunan Marzuki, Lot 1656 Seksyen 65
Jalan Tun Dato' Patinggi Hj. Abdul Rahman Yaakub Petrajaya
93050 Kuching
SARAWAK

Muat Turun Borang Permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) (JPA.BP.UMUM.BMJ Pin 2023)

Muat Turun Surat Akuan Bersumpah
(Sisipan Borang JPA.BP.Umum.BMJ)


7.

Cara Bayaran

Penerima dalam Malaysia:
i)
      Waran
ii)
     Kredit Bank

Penerima di luar Malaysia:
i)
      Pindahan Telegrafik
ii)
     Deraf Bank