|ENGLISH

 

[ ]

PERMOHONAN KAD PESARA SKIM KWSP KERAJAAN MALAYSIA MELALUI PERKHIDMATAN SMS

BPKWSP


Perkhidmatan SMS ini bertujuan membolehkan bekas anggota sektor awam yang bersara di bawah Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tanpa menerima pencen memohon Kad Pesara Skim KWSP Kerajaan Malaysia yang melayakkannya menerima kemudahan perubatan percuma di institusi perubatan awam Kerajaan (iaitu hospital, klinik dan sebagainya)
mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Kerajaan atau institusi berkenaan dari semasa ke semasa.
Bagi bekas anggota sektor awam tersebut yang telah meninggal dunia, ahli keluarganya (iaitu balu/duda/anak di bawah umur 21 tahun) juga boleh menggunakan perkhidmatan SMS ini untuk menyemak kelayakan menerima kemudahan yang sama berasaskan perkhidmatan gemulah (bekas anggota sektor awam tersebut).

Berikut ialah cara untuk menggunakan perkhidmatan ini:
 

1 . Pilih "Tulis Mesej"


button_1.gif

2. Taip  JPA<langkau>BPKWSP<langkau>NO KP BARU<langkau>NO KP LAMA

Contoh : JPA BPKWSP 470829035241 21233421
 


3. Hantar ke 15888


button_1.gif

4. Tunggu mesej maklum balas dari Bahagian Pasca Perkhidmatan, iaitu:

“RM0.20 [Bahagian Pasca Perkhidmatan]Anda akan dihubungi dalam tempoh 24 jam (hari bekerja). Layari www.jpapencen.gov.my untuk maklumat lanjut. Terima kasih.”

 

 

 

* caj RM 0.20 dikenakan setiap sms yang diterima.