Jadual Keempat-Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.


JADUAL KEEMPAT

[Perkara 37]

Sumpah Jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong
dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong


BAHAGIAN I

SUMPAH BAGI YANG DI-PERTUAN AGONG



Kami..........................................................................................................ibni................................................................................................................
Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Wallahi:

Wabillahi:

Watallahi:

maka dengan lafaz ini berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana undang-undang dan Perlembagaan yang telah disahkan dan dimasyurkan dan akan disah dan dimasyurkan di masa hadapan ini. Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas permintaan yang adil dan aman di dalam Negeri

BAHAGIAN II

SUMPAH BAGI TIMBALAN YANG
DI-PERTUAN AGONG


Kami..........................................................................................................ibni................................................................................................................
Yang di-Pertuan Agong bagi Malaysia bersumpah dengan melafazkan:

Wallahi:

Wabillahi:

Watallahi:

dan lafaz in berikrarlah Kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan tanggungan Kami yang telah ditetapkan dan yang akan ditetapkan pada suatu masa ke suatu masa yang ke hadapan ini oleh undang-undang dan Perlembagaan Negeri Malaysia.

BAHAGIAN III

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INGGERIS


We..............................................................................................................ibni................................................................................................................
Yang di-Pertuan Agong of Malaysia do hereby swear:

Wallahi:

Wabillahi:

Watallahi:


and by virtue of that oath do solemly and truly declare that We shall justly and faihfully perform (carry out) our duties in the administration of Malaysia in accordance with its laws and Constitution which have been promulgated or which may be promulgated from time to time in the future. Futher We do solemnly and truly declare that We shall at all time protect the Religion of Islam and uphold the rules of law and order in the Country.


We..............................................................................................................ibni................................................................................................................
being elected to be the Timbalan Yang di-Pertuan Agong of Malaysia do hereby swear:

Wallahi:

Wabillahi:

Watallahi:


and by virtue of that oath do solemly and truly declare that We shall justly and faihfully perform (carry out) our duties asTimbalan Yang di-Pertuan Agong as laid down and may from time to time be laid down by the laws and the Constitution of Malaysia.

____________________________________________
CATATAN

Jadual Keempat:

Perkataan "Persekutuan Tanah Melayu" dalam bahagian I, II dan III digantikan dengan "Malaysia" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas