Jadual Keenam-Bentuk Sumpah dan Ikrar.


JADUAL KEENAM

[Perkara 43(6), 43B(4), 57(1A(a), 59(1), 124, 142(6)]

Bentuk Sumpah dan Ikrar

 

1.

Sumpah Jawatan dan Setia


"Saya,...................................................................................................................................................................., setelah dipilih (atau dilantik) memegang jawatan ........................................................................................ dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

(CATATAN-Seseorang hakim Mahkamah Peresekutuan, selain Ketua Hakim Negara, seorang hakim Mahkamah Rayuan atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi atau seseorang pesuruhjaya kehakiman hendaklah menggunakan perkataan "kewajipan-kewajipan kehakiman saya dalam jawatan itu" sebagai ganti perkataan "kewajipan-kewajipan jawatan itu".)

2.

Sumpah sebagai Ahli Parlimen dan Sumpah Setia


"Saya,...................................................................................................................................................................., setelah dipilih (atau dilantik) sebagai seorang ahli Dewan Rakyat (atau Dewan Negara) dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala upaya saya, bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, dan akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya."

2.

Sumpah Simpan Rahsia


"Saya,..................................................................................................................................................., dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya tidak akan memberitahu atau menzahirkan kepada mana-mana orang sama ada secara lansung atau secara tidak lansung ap-apa perkara yang dibawa untuk pertimbangan saya atau yang akan saya ketahui sebagai seorang ........................................................................................ kecuali sebagaimana yang mungkin dikehendaki untuk menunaikan dengan sewajarnya kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian atau sebagaimana yang mungkin dibenarkan dengan khas oleh Yang di-Pertuan Agong."

____________________________________________
CATATAN

Jadual Keenam:

1. Catatan yang terdapat selepas perenggan 1 dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963, yang juga menggantikan perkataan "Persekutuan Tanah Melayu" dalam peranggan 1 dan 2 dengan "Malaysia".

2. Lihat Per. 159(4)(a), 160(4).

3. Dalam catatan kepada perenggan 1, perkataan "Mahkamah Agung, selain ketua Hakim Negara atau seseorang Hakim Mahkamah Tinggi" digantikan dengan perkataan "Mahkamah Persekutuan, selain Ketua Hakim Negara, seseorang Hakim Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, atau seseorang persuruhjaya kehakiman"; dan memotong perkataan "atau mana-mana jawatan lain" oleh Akta A 885, seksyen 43, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas