Jadual Kelapan- Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri.


JADUAL KELAPAN

[Perkara 71]

Peruntukan yang hendaklah Dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Negeri

BAHAGIAN 1

PERUNTUKAN TETAP


Raja bertindak ikut nasihat

1. (1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai seorang anggota Majlis Raja-Raja, Raja hendaklah bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan atau nasihat seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukan selainnya oleh Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Negeri; tetapi Raja berhak, atas permintaanya, mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Negeri yang boleh didapati oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan Negeri ini atau mana-mana undang-undang atau sebagai

anggota Majlis Raja-Raja, jika Raja dikehendaki bertindak mengikut nasihat atau atas nasihat, maka Raja hendaklah menerima dan berindak mengikut nasihat itu.

(2) Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut (sebagai tambahan kepada fungsi

yang pada melaksanakannya Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:

 

(a) melantik seorang Menteri Besar;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Dewan Undangan;

(c) membuat permintaan supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistemewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja atau perbuatan, amalan atau upacara agama;

(d) apa-apa fungsi sebagai Ketua agama Islam atau yang berhubungan denga adat Melayu;

(e) melantik waris atau waris-waris, isteri, Pemangku Raja atau Jemaah Pemangku Raja;

(f) melantik orang memegang pangkat, gelaran, kemuliaan dan kebesaran di sisi adat Melayu dan menetapkan berkenaan dengannya;

(g) mengawal selia balai-balai diraja dan istana-istana.

(3) Undang-undang Negeri boleh membuat peruntukan bagi menhendaki Raja berindak selepas berunding dengan atau

atas syor mana-mana orang atau kumpulan selain majlis Mesyuarat Kerajaan pada menjalankan mana-mana fungsinya selain-

 

(a) fungsi yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) fungsi yang berkenaan dengan perjalanannya peruntukan ada dibuat dalam Perlembagaan Negeri atau dalam Perlembagaan Persekutuan.


Prosiding terhadap Raja

1A. (1) Jika Raja dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV Perlembagaan Persekutuan, Raja hendaklah terhenti menjalankan fungsi Raja Negeri ini.

(2) Dalam tempoh raja terhenti, di bawah subseksyen (1), menjalankan fungsi Raja Negeri ini, seorang Pemangku Raja

atau suatu Jemaah Pemangku Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik mengikut Perlembagaan Negeri ini untuk menjalankan fungsi Raja Negeri ini.

(3) Jika Raja disabitkan atas suatu kesalahan di dalam Mahkamah Khas dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama

tempoh lebih daripada satu hari Raja hendaklah terhenti menjadi Raja Negeri ini melainkan jika Raja menerima pengampunan.


Majlis Mesyuarat Kerajaan

2. (1) Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu;

(a) Raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan itu; dan

(b) atas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh orang tetapi tidak kurang daripada empat orang ahli lain daripada kalangan ahli Dewan Undangan,

tetapi jika sesuatu perlantikan dibuat semasa Dewan Undangan terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Undangan yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas persidangan pertama Dewan Undangan yang berikutnya melainkan jika orang itu seorang ahli Dewan Undangan itu.

(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau

melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Menteri Besar.

(4) Pada melantik seseorang Menteri Besar Raja boleh, menurut budi bicaranya, mengetepikan mana-mana peruntukan

Perlembagaan Negeri ini yang menyekat pilihannya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan.

(6) Jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan majorii ahli Dewan Undangan, maka dia hendaklah meletakkan

jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas perminataanya Dewan Undangan dibubarkan oleh Raja.

(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan, selain Menteri Besar, hendaklah

memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

(8) Seseorang anggota majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau

profesion yang berkaitan dengan apa-apa perkara atau mana-mana jabatan baginya dia bertanggungjawab dan selagi dia melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau profesion itu, dia tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berhubungan dengan pertukangan, perniagaan atau profesion itu dalam apa-apa keputusan yang mungkin menyentuh kepentingan kewangan dalam pertukangan, perniagaan atau profesion itu.


Badan Perudangan Negeri

3. Badan Perundangan Negeri hendaklah tediri daripada Raja dan satu Majlis, iaitu Dewan Undangan.


Keanggotaan Dewan Undangan

4 (1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang diperuntukan melalui undang-undang oleh Badan Perundangan.

(2) (Dimansuhkan).

Kelayakan ahli

5. Tiap-tiap warganegara yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bermastautin di Negeri ini layak menjadi ahli Dewan Undangan, melainkan jika dia hilang kelayakan untuk menjadi ahli mengikut Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan ini atau mengikut mana-mana undang-undang yang disebut dalam seksyen 6 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan.


Kehilangan kelayakan menjadi ahli Dewan Undangan

6 (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, seseorang hilang kelayakan, untuk menjadi ahli Dewan Undangan jika-

(a) dia adalah dan telah didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal;

(b) dia seorang bankrap belum lepas;

(c) dia memegang sesuatu jawatan bependapatan;

(d) setelah dinamakan untuk pemilihan ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan, atau setelah bertindak sebagai ejen pilihan raya bagi seseorang yang dinamakan sedemikian, dia tidak meyerahkan apa-apa pernyata perbelanjaan pilihan raya yang dikehendaki oleh undang-undang dalam masa dan mengikut cara yang dikehendaki sedemikian;

(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan (atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah dan Sarawak atau Singapura) dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripda dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas;

(f) dia hilang kelayakan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kesalahan berkaitan dengan pilihan raya ke mana-mana satu Majlis Parlimen atau ke Dewan Undangan oleh sebab telah di sdabitkan atas suatu kesalahan sedemikian atau telah dibuktikan dalam prosiding yang berhubungan dengan sesuatu pilihan raya sebagai bersalah atas perbuatan yang menjadi kesalahan itu; atau

(g) dia telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan suatu negara asing atau telah dengan sukarela menggunakan hak kewarganegaraan di suatu negara asing atau telah membuat akuan setia kepada suatu negara asing.

(2) Kehilangan kelayakan seseorang di bawah perenggan (d) atau perenggan (e) subseksyen (1) boleh dibatalkan oleh

Raja dan, jika tidak dibatalkan sedemikian, hendaklah terhenti pada akhir tempoh lima tahun yang bermula dari tarikh penyata yang disebut dalam perenggan (d) tersebut dikehendaki diserahkan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dari tarikh orang yang disabitkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dilepaskan daripada jagaan atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersebut dikenakan, dan seseorang tidaklah boleh dihilangkan kelayakannya di bawah perenggan (g) subseksyen (1) semata-mata oleh sebab apa-apa jua yang dilakukan olehnya sebelum dia menjadi warganegara.

(3) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, jika seseorang ahli

Dewan Undangan hilang kelayakan daripada terus menjadi ahli Dewan itu menurut perenggan (e) subseksyen (1) atau di bawah suatu undang-undang yang disebut dalam perenggan (f) subseksyen (1)-

(a) kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh dia-

(i) disabitkan dan dihukum sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (e) yang disebut terdahulu; atau

(ii) disabitkan atas suatu kesalahan atau dibuktikan bersalah atas suatu perbuatan di bawah suatu undang-undang yang disebut dalam perenggan (f) yang disebut terdahulu; atau

(b) jika dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan dalam perenggan (a), suatu rayuan atau apa-apa prosiding mahkamah yang lain dibawa berkenaan dengan sabitan atau hukuman itu, atau berkenaan dengan pensabitan atau pembuktian bersalah sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding mahkamah yang lain itu dibereskan oleh mahkamah; atau

(c) jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.

(4) Subseksyen (3) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan atau pemilihan mana-mana orang ke Dewan Undangan, yang

bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) atau (f), mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam subseksyen (1).

(5) Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Undangan Negeri ini atau mana-mana Negeri lain

hendaklah bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ini.


Peruntukan melarang dua keahlian

7. Seseorang yang melepaskan keahliannya di dalam Dewan Undangan Negeri ini atau mana-mana Negeri lain hendaklah, bagi tempoh lima tahun bermula dari tarikh pelepasan keahliannya berkuat kuasa, hilang kelayakan untuk menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ini.


Keputusan tentang kehilangan kelayakan

8. (1) Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang ahli Dewan Undangan telah hilang kelayakan untuk menjadi ahli, maka Dewan itu hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dikira sebagai menghalang amalan Dewan menangguhkan sesuatu

keputusan bagi membolehkan diambil atau ditentukan apa-apa prosiding yang mungkin menyentuh keputusannya (termasuklah prosiding bagi membatalkan kehilangan kelayakan itu).

(2) Jika seseorang ahli Dewan Undangan hilang kelayakan di bawah perenggan (e) subseksyen (1) seksyen 6, atau di

bawah suatu undang-undang yang disebut dalam perenggan (f) subseksyen (1) seksyen 6, maka subseksyen (1) yang terdahulu tidaklah terpakai dan dia hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan Undangan itu, dan kerusinya hendaklah menjadi kosong, sebaik sahaja kehilangan kelayakannya berkuat kuasa mengikut subseksyen (3) seksyen 6.


Memanggil, memprorog dan membubarkan Dewan Undangan

9. (1) Raja hendaklah memanggil Dewan Undangan dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

(2) Raja boleh memprorog atau membubarkan Dewan Undangan.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Undangan hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh

persidangan pertamanya dan selepas itu adalh terbubar.

(4) Apabila Dewan Undangan bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari

dari tarikh Dewan Undangan itu bubar dan Dewan Undangan yang beru hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.

(5) Sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya

Pilihan Raya bahawa ada kekosongan:

Dengan syarat bahawa jika sesuatu kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa dua tahun dari tarikh

Dewan Undangan akan terbubar, mengikut subseksyen (3), maka kekosongan luar jangka itu tidak boleh diisi melainkan jika Yang di-Pertua memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti semua ahli Dewan Undangan terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan sedemikian kekosongan itu hendaklah diisi dalam masa enam puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu diterima.


Yang di-Pertua Dewan Undangan

10. (1) Dewan Undangan hendaklah dari semasa ke semasa memilih mana-mana orang yang ditentukan oleh Dewan sebagai Yang di-Pertua, dan tidak boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.

(1A) Seseorang tidak boleh dipilih menjadi Yang di-Pertua melainkan jika dia menjadi ahli atau layak menjadi ahli Dewan undangan.

(1B) Mana-mana orang yang bukan ahli Dewan Undangan yang dipilih sebagai Yang di-Pertua-

(a) hendaklah, sebelum menjalankan tugas-tugas jawatannya, mengangkat dan menandatangani di hadapan Dewan sumpah jawatan; dan

(b) hendaklah, oleh sebab dia memegang jawatannya itu, menjadi ahli Dewan sebagai tambahan kepada ahli-ahli yang dipilih menjadi ahli Dewan:

Dengan syarat bahawa perenggan (b) tidaklah mempunyai kuat kuasa bagi maksud peruntukan seksyen 2 dan tiada seorang pun berhak, menurut kuasa perenggan itu, mengundi atas apa-apa perkara di hadapan Dewan.


(2) Yang di-Pertua boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan hendaklah mengosongkan jawatannya-

(a) apabila Dewan Undangan bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum;

(b) apabila dia terhenti menjadi ahli Dewan melainkan oleh sebab-sebab pembubarannya atau, jika dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan (b) subseksyen (1B), apabila dia terhenti berkelayakan menjadi ahli;

(c) apabila telah menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen (4); atau

(d) jika pada bila-bila masa, Dewan membuat ketetapan sedemikian.

(3) Dalam masa Yang di-Pertua tidak hadir dalam sesuatu persidangan Dewan Undangan seorang ahli yang ditentukan

oleh kaedah-kaedah tatacara Dewan itu hendaklah bertindak sebagai Yang di-Pertua.

(4) Seseorang ahli yang dipilih menjadi Yang di-Pertua hilang kelayakan untuk memegang jawatan itu jika selepas tiga

bulan dari pemilihannya untuk memegang jawatan itu atau pada bila-bila masa selepas itu dia ialah atau menjadi anggota mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal ehwal atau urusan, mana-mana organisasi atau badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, atau mana-mana pengusahaan komersial, perindustrian atau pengusahaan lain, sama ada atau tidak dia menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah daripadanya;

Dengan syarat bahawa kehilangan kelayakan itu tidaklah terpakai jika organisasi atau badan itu menjalankan apa-apa kerja

kebajikan atau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya, atau apa-apa kerja atau tujuan lain yang bersifat khairat atau sosial, dan ahli itu tidak menerima apa-apa saraan, hadiah , untung atau faedah daripadanya.

(5) Jika berbangkit apa-apa soal mengenai kehilangan kelayakan Yang di-Pertua di bawah subseksyen (4), maka Dewan

Undangan hendaklah mengambil keputusan mengenainya dan keputusan itu adalah muktamad.


Perjalanan kuasa perundangan

11. (1) Kuasa Badan Perundangan untuk membuat undang-undang hendaklah dijalankan melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan dan diperkenankan oleh Raja.

(2) Tiada Rang Undang-Undang atau pindaan yang melibatkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang Disatukan bagi

Negeri boleh dibawa atau dicadangkan di dalam Dewan Undangan kecuali oleh seorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2A) Raja hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya

memperkenankan Rang Undang-Undang itu.

(2B) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Raja dalam masa yang ditentukan dalam subseksyen

(2A), Rang undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam subseksyen itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

(3) Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila diperkenankan oleh Raja atau

sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2B), tetapi tiada undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga undang-undang itu telah disiarkan, tanpa, walau bagaimanapun, menjejaskan kuasa Badan Perundangan untuk menagguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat undang-undang yang berkuat kuasa ke belakang.

PERUNTUKAN KEWANGAN


Tiada pencukaian melainkan jika dibenarkan oleh undang-undang

12. Tiada cukai atau kadar boleh dilevikan oleh atau bagi maksud Negeri kecuali atau di bawah kuasa undang-undang.


Perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan

13. (1) Maka hendaklah dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan bagi Negeri sebagai tambahan kepada apa-apa pemberian, saraan atau wang lain yang dipertanggungkan sedemikian melalui mana-mana peruntukan lain Perlembagaan Negeri atau melalui undang-undang Negeri-

(a) Peruntukan diraja bagi Raja dan saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Undangan;

(b) segala caj hutan Negeri bertanggungan membayarnya; dan

(c) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Negeri oleh mana-mana mahkamah atau tribunal.

(2) Bagi maksud peruntukan ini caj hutang termasuklah bunga, caj kumpulan wang perjelas hutan, pembayaran balik atau

perlunasan hutang dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman atas jaminan Kumpulan Wang Disatukan dan pembayaran bunga atas hutang dan penebusan hutang yang diwujudkan dengan jalan sedemikian.


Penyata kewangan tahunan

14. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), Raja hendaklah berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan, menyebabkan dibentangkan di hadapan Dewan Undangan suatu penyata terimaan dan perbelanjaan yang dianggarkan bagi Negeri untuk tahun itu, dan melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh Badan Perundangan Negeri berkenaan dengan mana-mana tahun, penyata itu hendaklah dibentangkan sedemikian sebelum permulaan tahun itu.

(2) Anggaran perbelanjaan itu hendaklah menunjukkan secara berasingan-


(a) jumlah wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Disatukan; dan

(b) tertakluk kepada subseksyen (3), jumlah wang yang masing-masing dikehendaki untuk membayar kepala-kepala bagi perbelanjaan lain yang dicadangkan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(3) Terimaan yang dianggarkan yang hendaklah ditunjukkan dalam penyata tersebut tidak termasuk apa-apa jumlah wang yang diterima melalui Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; dan jumalh wang yang hendaklah ditunjukkah di bawah perenggan (b) subseksyen (2) tidak termasuk-

(a) jumlah wang yang merupakan hasil daripada apa-apa pinjaman yang diperdapatkan oleh Negeri bagi maksud tertentu dan yang diuntukkan bagi maksud itu oleh undang-undang yang membenarkan pinjaman itu diperdapatkan;

(b) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang atau bunga atas wang yang diterima oleh Negeri yang tertakluk kepada suatu amanah dan yang hendaklah digunakan mengikut terma-terma amanah itu;

(c) jumlah wang yang merupakan apa-apa wang yang dipegang oleh Negeri yang telah diterima atau diuntukkan bagi maksud apa-apa kumpulan wang amanah yang ditubuhkan oleh atau mengikut undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri.

(4) Penyata tersebut hendaklah juga menunjukkan, setakat yang dapat dilaksanakan, aset dan liabiliti Negeri pada akhir

tahun kewangan yang baru genap, cara aset itu dilaburkan atau dipegang, dan kepala-kepala am yang berkenaan dengannya liabiliti itu masih belum selesai.

Rang Undang-Undang Perbekalan

15. Kepala-kepala bagi perbelanjaan yang hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang disatukan bagi Negeri tetapi tidak dipertanggungkan padanya, selain jumlah wang yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) seksyen 14(3) Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang, yang hendaklah dikenali sebagai Rang Undang-Undang Perbekalan, yang membuat peruntukan bagi pengeluaran jumlah wang yang perlu daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk membayar perbelanjaan itu dan penguntukan jumlah wang itu bagi maksud yang dinyatakan dalamnya.


Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih

16. Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati-

(a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan bagi maksud itu tidak mencukupi, atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun diuntukkan melalui Enakmen Perbekalan; atau

(b) bahawa apa-apa yang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan (jika ada) bagi maksud itu melalui Enakmen Perbekalan,

maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Undangan dan kepala-kepala bagi apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang undang-Undang Perbekalan.


Pengambilan keluar dariipada Kumpulan Wang Disatukan

17. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, tiada wang boleh diambil keluar daripda Kumpulan Wang Disatukan melainkan jika wang itu-

(a) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang Disatukan; atau

(b) dibenarkan dikeluarkan melalui Enakmen Perbekalan.

(2) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali megikut cara yang diperuntukkan oleh

undang-undang persekutuan.

(3) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa jumlah wang yang disebut dalam perenggan (a), (b), dan (c) seksyen 14(3)

Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

(4) Badan Perundangan Negeri boleh, sebelum lulus Enakmen Perbekalan, berkenaan dengan mana-mana tahun

kewangan, membenarkan perbelanjaan bagi sebahagian daripada tahun kewangan itu dan juga pengeluaran daripada
Kumpulan Wang Disatukan apa-apa wang yang dikehendaki untuk membayar perbelanjaan itu.

LAYANAN SAKSAMA BAGI PEKERJA NEGERI


Layanan saksama bagi pekerja Negeri

18. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan mereka, semua orang, walau apa pun rasnya, dalam gred yang sama dalam perkhidmatan Negeri hendaklah diberi layanan yang saksama.

PINDAAN PERLEMBAGAAN


Pindaan Perlembagaan

19. (1) Peruntukan yang berikut dalam seksyen ini hendaklah berkuat kuasa mengenai pindaan Perlembagaan Negeri ini.

(2) Peruntukan yang menyentuh pewarisan takhta dan kedudukan Pembesar-Pembesar Memerintah dan

pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya tidak boleh dipinda oleh Badan Perundangan Negeri.

(3) Mana-mana peruntukan lain boleh, tetakluk kepada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, dipinda melalui suatu

Enakmen Badan Perundangan Negeri tetapi tidak boleh dipinda dengan apa-apa cara yang lain.

(4) Sesuatu Rang Undang-Undang bagi membuat pindaan kepada Perlembagaan tersebut (selain pindaan yang

dikecualikan daripada peruntukan subseksyen ini) tidak boleh diluluskan oleh Dewan Undangan melainkan jika Rang Undang-Undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahlinya.

(5) Pindaan yang berikut dikecualikan daripada peruntukan subseksyen (4), iaiitu:

(a) apa-apa pindaan yang berbangkit daripada sesuatu undang-undang yang disebut dalam seksyen 4 atau seksyen 21 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan; dan

(aa) apa-apa pindaan bagi menetapkan wilayah bagi Negeri yang dibuat berikutan dengan lulusnya undang-undang yang mengubah sempadan Negeri di bawah Perkara 2 Perlembagaan Persekutuan yang telah dipersetujui oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara tersebut; dan

(b) apa-apa pindaan yang kesannya akan menyelaraskan Perlembagaan Negeri ini dengan mana-mana peruntukan Jadual tersebut, tetapi hanya jika pindaan itu dibuat selepas Dewan Undangan dipilih mengikut seksyen 4 Jadual itu.

(6) Seksyen ini tidak menidaksahkan mana-mana peruntukan Perlembagaan Negeri ini yang menghendaki persetujuan

mana-mana kumpulan orang terhadap apa-apa pindaan yang menyentuh-

(a) perlantikan dan sifat khusus bagi waris atau waris-waris takhta, Isteri Raja atau Pemangku Raja atau Anggota Jemaah Pemangku Raja bagi Negeri;

(b) pemecatan, penarikan diri atau penurunan takhta Raja atau warisnya atau waris-warisnya;

(c) perlantikan dan sifat khusus bagi Pembesar-Pembesar Memerintah atau pembesar-pembesar adat Melayu yang seumpamanya dan anggota Majlis Penasihat mengenai agama atau adat atau badan yang seumpamanya;

(d) pengadaan, pengawalseliaan, pengesahan dan pelucutan pangkat, gelaran, kemuliaan, kebesaran dan kurniaan di sisi adat Melayu dan sifat bagi pemegang-pemegangnya dan pengawalseliaan balai-balai diraja dan istana-istana.

(7) Dalam seksyen ini "pindaan" termasuklah tambahan dan pemansuhan.

PERUNTUKAN BERKENAAN DENGAN
YANG DI-PERTUA NEGERI BERHUBUNG DENGAN
NEGERI MELAKA, PULAU PINANG,
SABAH DAN SARAWAK


Yang di-Pertua Negeri

19A. (1) Maka hendaklah ada seorang Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak menurut budi bicaranya selepas berunding dengan Ketua Menteri.

(2) Yang di-Pertua Negeri hendaklah dilantik bagi tempoh empat tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan

jawataanya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditunjukkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan boleh dipecat daripada jawatan oleh Yang di-Pertuan Aging atas sembah Dewan Undangan Negeri yang disokong dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahlinya.

(3) Badan Perundangan boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi membolehkan Yang di-Pertuan Agong,

yang bertindak menurut budi bicaranya selepas berunding dengan Ketua Menteri, melantik seseorang untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertua Negeri selama apa-apa tempoh semasa Yang di-Pertua Negeri tidak dapat berbuat demikian sendiri kerana sakit, tidak ada atau apa-apa sebab lain, tetapi tiada seorang pun boleh dilantik sedemikian jika dia layak dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.

(4) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) boleh mengambil tempat Yang di-Pertua Negeri sebagai anggota

Majlis Raja-Raja selama apa-apa tempoh semasa fungsi Yang di-Pertua Negeri boleh dijalankannya di bawah subseksyen itu.


Kelayakan dan ketidakbolehan Yang di-Pertua Negeri

19B. (1) Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pedaftaran di bawah perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri.

(2) Yang di-Pertua Negeri tidak boleh memegang apa-apa jawatan berpendapatan dan tidak boleh melibatkan diri secara

aktif dalam apa-apa perusahaan komersial.


Peruntukan Diraja bagi Yang di-Pertua Negeri

19C. (1) Yang di-Pertua Negeri hendaklah, sebelum menjalankan fungsinya, mengangkat dan menandatangani dengan kehadiran Hakim Besar atau dengan kehadiran seorang hakim Mahkamah Tinggi, suatu sumpah atau ikrar dalam bentuk yang berikut, iaitu:

"Saya...........................................................................................................................setelah dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri

bagi Negeri............................................................................. dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya sebagai yang demikian dengan segala daya upaya saya, bahawa saya akan menumpukan taat setia yang sebenar kepada Negeri........................................................................ dan kepada Persekutuan Malaysia, dan bahawa saya akan memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Perlembagaan Negeri....................................................................".


(2) Apa-apa undang-undang yang dibuat di bawah subseksyen (3) seksyen 19A hendaklah membuat peruntukan yang

bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan subseksyen (1).

BAHAGIAN II

PERUNTUKAN SEMENTARA SEBAGAI
GANTIAN BAGI PERUNTUKAN DALAM
BAHAGIAN I


Majlis Mesyuarat Kerajaan (gantian bagi seksyen 2)

20. (1) Raja hendaklah melantik suatu Majlis Mesyuarat Kerajaan.

(2) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah dilantik seperti berikut, iaitu:

(a) Raja hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Menteri Besar untuk mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan seorang yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan; dan

(b) atas nasihat Menteri Besar, Raja hendaklah melantik tidak lebih daripada sepuluh orang tetapi tidak kurang daripada empat orang lain.

(3) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau

melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilantik menjadi Menteri Besar.


(4) Pada melantik seorang Menteri Besar Raja boleh, menurut budi bicaranya, mengetepikan mana-mana peruntukan

Perlembagaan Negeri ini yang menyekat pilihanraya bagi Menteri Besar jika pada pendapatnya perlu dilakukan sedemikian untuk mematuhi peruntukan seksyen ini.

(5) Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Dewan Undangan.

(6) Menteri Besar hendaklah terhenti memegang jawatan apabila habis tempoh tiga bulan dari tarikh perlantikannya,

melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu ketetapan memberi kepercayaan kepadanya telah diluluskan oleh Dewan Undangan; dan jika pada bila-bila masa dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan, maka dia hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan, melainkan jika atas permintaanya Dewan Undangan dibubarkan oleh Raja.

(7) Tertakluk kepada subseksyen (6), seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan selain Menteri Besar hendaklah

memegang jawatan selama diperkenankan oleh Raja, tetapi mana-mana anggota Majlis itu boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.

(8) Seseorang anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan tidak boleh melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau

profesion yang berkaitan dengan apa-apa perkara atau mana-mana jabatan yang baginya dia bertanggungjawab dan selagi dia melibatkan diri dalam apa-apa pertukangan, perniagaan atau profesion itu, dia tidak boelh mengambil bahagian dalam apa-apa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berhubungan dengan pertukangan, perniagaan atau profesion itu atau dalam apa-apa keputusan yang mungkin menyentuh kepentingan kewangannya dalam pertukangan, perniagaan atau profesion itu.


Keanggotaan Dewan Undangan (gantian bagi seksyen 4)

21. (1) Dewan Undangan hendaklah terdiri daripada-

(a) apa-apa bilangan ahli dipilih sebagaimana yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Badan Perundangan; dan

(b) apa-apa bilangan ahli lain, yang kurang daripada bilangan ahli dipilih, yang ditetapkan oleh Raja,

dan, sehingga peruntukan lain dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu, bilangan ahli dipilih ialah bilangan yang dinyatakan dalam Perkara 171 Perlembagaan Persekutuan.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen 6 Jadual Kelapan kepada Perlembagaan Persekutuan, seseorang tidaklah

hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli dilantik bagi Dewan undangan semata-mata oleh sebab dia memegang jawatan sesuatu jawatan berpendapatan.

BAHAGIAN III

UBAH SUAIAN BAHAGIAN I DAN II
BERHUBUNG DENGAN MELAKA DAN
PULAU PINANG


22. Dalam pemakaian Bahagian I dan II Jadual ini bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang sebutan mengenai Raja hendaklah digantikan dengan sebutan mengenai Yang di-Pertua Negeri, dan yang berikut hendaklah ditinggalkan, iaitu perenggan (c) hingga (g) seksyen 1(2), seksyen !A, seksyen 2(4), seksyen 19(2) dan (6), seksyen 20(4), perkataan yang mendahului "jumlah wang yang hendaklah ditunjukkan di bawah perenggan (b)" dalam seksyen 14(3) dan perkataan "lain" yang mula-mula terdapat dalam seksyen 19(3).

23. Bahagian I Jadual ini hendaklah terpakai bagi Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana Bahagian itu terpakai bagi Negeri Pulau Pinang dan Melaka.

____________________________________________
CATATAN

Jadual Kelapan:

Lihat Per. 160(2) takrif "Enakmen" dan "Dewan Undangan".

BAHAGIAN I

Lihat Per. 71(4), (5), Jadual ke-8 seksyen 22,23.

Seksyen 1(2): Lihat seksyen 22.

Seksyen 1(2)(c): Perkataan "Duli-Duli Yang Maha Mulia" digantikan dengan "Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja" oleh Akta A32, seksyen 2, berkuat kuasa dari 24-3-1971.

Seksyen 1(1A): Ditambahkan oleh Akta A885, seksyen 44, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Seksyen 1A: Ditambahkan oleh Akta A848, seksyen 9, berkuat kuasa dari 30-3-1993.

Seksyen 2(1): Lihat Per. 71(5); Jadual ke-8 seksyen 20.

Seksyen 2(2)(b): Perkataan "lapan" digantikan dengan "sepuluh" oleh Akta A919, subperenggan 2(a)(i), berkuat kuasa dari 21-7-1995.

Seksyen 2(4): Lihat seksyen 22.

Seksyen 3: Perkataan "yang dikenali sebagai Dewan Negeri" yang terdapat selepas "satu Majlis" digantikan dengan "iaitu, Dewan Undangan" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Seksyen 4(1):

1. Perkataan "dan sehingga peruntukan lain dibuat sedemikian, bilangan ahli ialah bilangan yang dinyatakan dalam Perkara 171 Perlembagaan Persekutuan" yang terdapat di hujung seksyen dipotong oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Lihat Per. 71(5), Jadual ke-8 seksyen 19(5), 21.

Seksyen 4(2):

Subseksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 14/1962, perenggan 28(a), berkuat kuasa dari 21-6-1962, dan dimansuhkan oleh Akta A548, perenggan 4(a), berkuat kuasa dari 16-12-1983:

"(2) Bilangan ahli yang dipilih bagi Dewan undangan hendaklah sama banyak dengan atau gandaan bilangan

bahagian pilihan raya Persekutuan yang Negeri itu telah di bahagikan di bawah Perkara 116 Perlembagaan Persekutuan.".

Seksyen 6: Lihat seksyen 5, 21(2).

Seksyen 6(1)(e):

Perenggan yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 14/1962, perenggan 28(b), berkuat kuasa dari 21-6-1962. Perkataan "(atau, sebelum Hari Malaysia, di wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri-Negeri Borneo atau Singapura)" dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perenggan yang asal berbunyi seperti berikut:

"(e) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di dalam Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak mendapat pengampunan bebas;".

 

Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Subseksyen (2):

Perkataan "atau dari tarikh denda yang disebut dalam perenggan (e) tersbut dikenakan" dimasukkan oleh Akta 14/1962, perenggan 28(c), berkuat kuasa dari 21-6-1962.

Seksyen 6:

Subseksyen (3) dan (4): Ditambahkan oleh Akta A566, perenggan 21(a), berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Subseksyen (5): Ditambahkan oleh Akta A767, seksyen 6, berkuat kuasa dari 11-5-1990.

Seksyen 8:

Proviso ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 11(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Subseksyen (1): Dinomborkan semula oleh Akta A566, perenggan 21(b), berkuat kuasa dari 16-12-1983.

Seksyen 9(3): Seksyen 4 Akta 27/1968, berkuat kuasa dari 9-9-1968, berbunyi seperi yang berikut:

"Perubahan
seksyen 9(3)
Jadual Kelapan
dalam hal
Sarawak.

4. Walau apa pun peruntukan seksyen 9(3) Jadual Kelapan, adalh diperuntukkan bahawa dalam hal Sarawak, Majlis Negeri yang sedia ada pada permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah tertakluk kepada tempoh lima tahun yang ditetapkan baginya supaya dibubarkan tetapi hendaklah terbubar pada tarikh Parlimen Persekutuan dibubarkan kemudiannya atau tetap dibubarkan kemudiannya selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.".



Seksyen 9(4):

1. Perkataan "di Negeri-Negeri Tanah Melayu dan sembilan puluh hari di Negeri-Negeri Borneo" dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966. Akta itu juga menggantikan perkataan "sembilan puluh hari" dengan "satu ratus dua puluh hari". Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

2. Perkataan "di Negeri-Negeri Tanah Melayu dan sembilan puluh hari di Negeri Sabah dan Sarawak" dipotong oleh Akta A585, perenggan 27(a), berkuat kuasa dari 14-4-1984.


Seksyen 9(5):

1. Perkataan "atau dalam hal Dewan Undangan bagi setiap Negeri Borneo dalam tempoh sembilan puluh hari" dimasukkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-9-1966, dan perkataan "berlakunya kekosongan itu" digantikan dengan "dipastikan adanya kekosongan" oleh Akta 26/1963, subseksyen 11(2), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "Negeri-Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah dan Sarawak" oleh Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-8-1976, dan proviso dimasukkan oleh Akta A1, seksyen 3, berkuat kuasa dari 18-11-1968.

2. Perkataan "atau dalam hal Dewan Undangan setiap Negeri Sabah dan Sarawak dalam tempoh sembilan puluh hari" dipotong oleh Akta A585, perenggan 27(b), berkuat kuasa dari 14-4-1984.

3. Perkataan "oleh Suruhanjaya Pilihan Raya" dimasukkan selepas perkataan "dipastikan" oleh Akta A585, perenggan 27(c), berkuat kuasa dari 14-4-1984.

4. Proviso ini dimasukkan oleh Akta A857, seksyen 4, berkuat kuasa dari 20-8-1993. Proviso yang terdahulu berbunyi seperti yang berikut:

"Dengan syarat bahawa jika kekosongan luar jangka dipastikan pada suatu tarikh dalam masa enam bulan

dari tarikh Dewan Undangan itu akan terbubar mengikut subseksyen (3) seksyen ini, maka kekosongan luar jangka itu tidaklah boleh diisi.".

Seksyen 10:

Lihat seksyen 23.

Seksyen 10(1), (1A), (1B) dan (2):

Menggantikan seksyen 10(1) dan (2) oleh Akta A919, subperenggan 2(a)(ii), berkuar kuasa dari 21-7-1995. Seksyen 10(1) yang asal dan sebelum pindaan berbunyi seperti yang berikut:

"10. (1) Dewan Undangan hendaklah dari semasa ke semasa memilih seorang daripada ahlinya menjadi Yang di-Pertua dan tidaklah boleh menjalankan apa-apa urusan semasa jawatan Yang di-Pertua kosong selain pemilihan Yang di-Pertua.

(2) Seseorang ahli yang memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua hendaklah mengosongkan jawatannya apabila terhenti menjadi ahli Dewan undangan atau apabila telah hilang kelayakan di bawah subseksyen (4), dan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa."'

Seksyen 10(2):

Perkataan "atau apabila telah menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen (4)," dimasukkan selepas "Dewan Undangan" oleh Akta A514, seksyen 16, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Seksyen 10(3):

Perkataan "lain" dipotong oleh Akta A919, subperenggan 2(a)(iii), berkuat kuasa dari 21-7-1995.

Seksyen 10(4) dan (5):

Ditambahkan oleh Akta A514, seksyen 16, berkuat kuasa dari 15-5-1981.

Seksyen 11:

Subseksyen (3) dan (4): Subseksyen -subseksyen ini yang digantikan oleh Akta A566, perenggan 21(c), berkuat kuasa dari 16-12-1983, berbunyi seperti berikut:

"(3) Sesuatu Rang Undang-Undang hendaklah menjadi undang-undang apabila ia diperkenankan oleh Raja.

Jika kerana apa-apa jua sebab Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh Raja dalam tempoh lima belas hari selepas Rang Undang-Undang itu dipersembahkan kepada Raja, maka Raja itu hendaklah disifatkan telah memperkenankan Rang Undang-Undang itu dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dengan demikian itu menjadi undag-undang.

(4) Tiada satupun undang-undang boleh berkuat kuasa sehingga telah disiarkan tetapi, bagaimanapun,

tidaklah menjejaskan kuasa Badan Perundangan untuk menangguhkan kuat kuasa mana-mana undang-undang atau untuk membuat undang-undang dengan kuat kuasa kebelakangan.".

Kemudiannya pula, subseksyen ini dipinda oleh Akta A584 yang mengekalkan subseksyen yang asal sebagaimana yang terdapat sebelum pindaan yang dibuat oleh Akta A566 sebagaimana yang terdapat sekarang ini.


Subseksyen (2A) dan (2B): Ditambahkan oleh Akta A885, seksyen 44, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Subseksyen (3): Perkataan "Raja" digantikan dengan perkataan "Raja atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2B)" oleh Akta A885, seksyen 44, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

Seksyen 14(3)

Lihat seksyen 15, 17(3), 22.

Subseksyen (3)(c):

Ditambahkan oleh Akta 19/1964, seksyen 8, berkuat kuasa dari 30-701964. Perkataan "undang-undang persekutuan atau" yang terdapat sebelum "undang-undang Negeri" dimasukkan oleh Akta 31/ 1965. subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

Seksyen 17(3): Perkataan "(a) dan (b)" digantikan dengan "(a), (b) dan (c)" oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

Seksyen 19(2) dan (3): Lihat seksyen 22.

Seksyen 19(5): Perenggan (aa) dimasukkan oleh Akta A193, seksyen 6, berkuat kuasa dari 5-5-1973.

Seksyen 19(6): Lihat seksyen 22.

Seksyen 19A hingga 19D:

Dimasukkan oleh Akta A354, seksyen 47, berkuatkuasa 27-8-1976.

BAHAGIAN II:

Lihat Per. 71(5), Jadual ke-8 seksyen 22.

Seksyen 20(2)(b): Perkataan "lapan" digantikan dengan "sepuluh" oleh Akta A919, perenggan 2(b), berkuat kuasa dari 21-7-1995.

Seksyen 20(3): Per. 17 yang disebut dalam subseksyen ini dimansuhkan.

Seksyen 20(4): Lihat seksyen 22.

Seksyen 21:

1. Lihar seksyen 19(5)(a).

2. Per. 171 yang disebut dalam subseksyen (1) ini dimansuhkan.

BAHAGIAN III:

Seksyen 22:

Perkataan "dan Ketua Menteri masing-masingnya" yang terdapat selepas "Gabenor" dan "dan Menteri Besar" yang terdapat selepas "Raja" dipotong oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "Gabenor" digantikan dengan "Yang di-Pertua Negeri" oleh Akta A354, seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

Perkataan "seksyen 1A" dimasukkan selepas perkataan "seksyen 1(2)," oleh Akta A849, seksyen 3, berkuat kuasa dari 16-7-1993.

Seksyen 23:

Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 12(3), berkuat kuasa dari 16-9-1963. Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965, menggantikan perkataan ",Sarawak dan Singapura" dalam subseksyen (1) dengan "dan Sarawak" dan perkataan ",Sarawak atau Singapura" dalam subseksyen (2) dengan "atau Sarawak".

Seksyen 23(1):

1. Perkataan "kecuali ubah suaian seksyen 10 yang dinyatakan dalam subseksyen (2) seksyen ini" dipoting oleh Akta A919, subperenggan 2(c)(i), berkuat kuasa dari 21-7-1995.

2. Seksyen 23(1) dinomborkan semula sebagai seksyen 23 oleh Akta A919, subperenggan 2(c)(i), berkuat kuasa dari 21-7-1995.

Seksyen 23(2):

Dipotong oleh Akta A919, sub 2(c)(i), berkuat kuasa dari 21-7-1995. Seksyen 23(2) yang asal sebelum pindaan berbunyi seperti berikut:

'(2) Seksyen 10 dalam pemakaiannya bagi Negeri Sabah atau Sarawak boleh diubahsuaikan dengan

menggantikan perkataan "seorang daripada ahlinya menjadi Yang di-Pertua" dalam subseksyen (1) dengan perkataan "sebagai Yang di-Pertua mana-mana orang yang ditentukan oleh Dewan", dengan meniggalkan perkataan "lain" dalam subseksyen (3), dan dengan menambah subseksyen (4):

"(4) Seseorang tidaklah boleh dipilih menjadi Yang di-Pertua, melainkan jika dia seorang ahli Dewan

Undangan atau seorang yang layak menjadi ahli Dewan Undangan, dan Yang di-Pertua, sama ada ahli atau bukan, hendaklah mengosongkan jawatannya apabila Dewan dibubarkan dan boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas