Jadual Kesebelas - Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948 (Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.


JADUAL KESEBELAS

[Perkara 160(1)]

Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1948
(Ordinan Malayan Union No. 7 tahun 1948), yang
Terpakai bagi Mentafsirkan Perlembagaan.

 

Seksyen

Hal Perkara

2 (56)

Erti "bulan"-

"bulan ertinya bulan kalendar mengikut kalendar Gregory.

2 (61)

Erti "orang" dan "pihak"

"orang" dan "pihak" termasuklah mana-mana kumpulan orang yang diperbadankan atau tidak

diperbadankan.

2 (88)

Erti "perundangan subsidiari"-

"perundangan subsidiari" ertinya apa-apa Perintah dalam Majlis Mesyurat , proklamasi, kaedah,

peraturan, perintah, pemberitahuan, undang-undang kecil atau surat cara lain yang dibuat di bawah mana-mana Ordinan, Enakmen atau kuasa sah yang lain dan mempunyai kuat kuasa perundangan.

2 (94)

Pentafsiran jantina lelaki-

perkataan yang membawa maksud jantina lelaki termasuklah perempuan.

2(95)

Pentafsiran bilangan tunggal atau jamak-

perkataan dalam bilangan tunggal termasuklah bilangan jamak, dan perkataan dalam bilangan jamak

termasuklah bilangan tunggal.

2(96)

Erti "tulisan"

"tulisan" dan ungkapan yang dikaitkan dengan tulisan termasuklah cetakan, litografi, tulisan taip,

fotografi, dan cara lain untuk menyatakan atau menurunkan perkataan atau angka dalam bentuk boleh lihat.

2 (98)

Erti "tahun"

"tahun" ertinya suatu tahun yang dihitung mengikut kalendar Gregory.

7

Borang-

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, apabila borang ada ditetapkan,

pelencongan sedikit daripadanya yang tidak menyentuh isi atau tidak bermaksud untuk mengelirukan, tidaklah menidakshakan borang itu.

13

Kesan pemansuhan-

Jika sesuatu undang-undang bertulis memansuhkan keseluruhan atau sebahagian daripada

mana-mana undang-undang bertulis yang lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, pemansuhan itu tidaklah-

(a) menghidupan kembali apa-apa yang tidak berkuat kuasa atau tidak wujud pada masa pemansuhan itu berkuat kuasa; atau

(b) menyentuh perjalanan terdahulu mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan sedemikian atau apa-apa yang telah dilakukan atau ditanggung dengan sewajarnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan sedemikian; atau

(c) menyentuh apa-apa hak, keistemewaan, obligasi atau liabiliti yang diperoleh, terakru atau dikenakan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan sedemikian; atau

(d) menyentuh apa-apa penalti, pelucuthakan atau hukuman yang dikenakan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan sedemikian; atau

(e) menyentuh apa-apa penyiasatan, prosiding undang-undang, atau remidi berkenaan dengan mana-mana hak, keistemewaan, obligasi, liabiliti, penalti, pelucuthakan atau hukuman yang tersebut terdahuku,

dan mana-mana penyiasatan, prosiding undang-undang atau remidi itu boleh di mulakan, diteruskan atau dikuatkuasakan, dan mana-mana penalti, pelucuthakan atau hukuman itu boleh dikenakan, seolah-olah undang-undang yang dimansuhkan itu tidak diluluskan.

21

(Dimansuhkan).

23

Peruntukan am mengenai kuasa yang diberikan kepada mana-mana pihak berkuasa untuk membuat perundangan subsidiari-

Jika sesuatu Ordinan atau Enakmen memberikan kuasa kepada mana-mana pihak berkuasa untuk

membuat perundangan subsidiari, maka perundangan subsidiari itu boleh pada bila-bila masa dipinda, diubah, dihapuskan atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang sama dan mengikut cara yang sama sebagaimana perundangan sebsidiari itu dibuat.

28

Penafsiran peruntukan tentang perjalanan kuasa dan kewajipan-

(1) Jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu

kewajipan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawana, kuasa itu boleh dijalankan dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa mengikut kehendak keadaan.

(2) Jika sesuatu undang-undang bertulis memberikan sesuatu kuasa atau mengenakan sesuatu

kewajipan kepada pemegang sesuatu jawatan sebagai yang sedemikian, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu boleh dijalankan dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan oleh pemegang jawatan pada masa ini atau oleh seseorang yang dilantik dengan sewajarnya untuk bertindak bagi dirinya.

29

Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja-

Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk

membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat bahawa jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat perlantikan itu hanya

boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu.

30

Pentafsiran perkataan pemboleh-

Jika suatu undang-undang bertulis memberikan kuasa kepada mana-mana orang untuk melakukan

atau menguatkuasakan perlakuan apa-apa perbuatan atau benda, maka segala kuasa yang semunasabahnya perlu untuk membolehkan orang itu melakukan atau menguatkuasakan perlakuan perbuatan atau benda itu hendaklah difahamkan sebagai juga diberikan kepada orang itu.

32

Nama jawatan rasmi hendaklah termasuk pegawai yang melaksanakan kewajipan-

Apabila sebutan dibuat dalam mana-mana undang-undang bertulis, surat cara, waran atau proses

daripada apa-apa jenis yang dibuat atau dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau seseorang Raja atau mana-mana badan atau orang irang yang mempunyai kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk membuat atau mengeluarkannya kepada mana-mana pegawai awam mengikut gelaran nama jawatannya, maka pegawai itu hendaklah termasuk pegawai yang pada masa ini melaksanakan kewajipan jawatan itu atau mana-mana bahagian daripada kewajipan itu.

33

Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan peruntukan bagi perlaksanaan kewajipan pegawai awam dalam masa pegawai itu tidak ada atau tidak berdaya buat sementara-

(1) Jika apa-apa kuasa diberikan atau apa-apa kewajipan dikenakan melalui atau dibawah mana-mana

undang-undang bertulis kepada seseorang pegawai awam, maka Yang di-Pertuan Agong, dalam hal seseorang pegawai awam yang ditanggung dalam perjawatan sesuatu Negeri, Raja Negeri itu boleh mengarahkan bahawa jika, dalam apa-apa tempoh, oleh sebab dia tidak adad atau tidak berdaya bertindak keran sakit atau apa-apa sebab lain, pegawai awam itu tidak dapat menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan jawatannya di mana-mana tempat di bawah bidang kuasa atau kawalannya, maka kuasa itu hendaklah dipunyai dan boleh dijalankan, dan kewajipan itu hendaklah dilaksanakan di tempat itu oleh orang yang dinamakan oleh, atau oleh pegawai awam yang memegang jawatan yang ditetapkan oleh, Tang di-Pertuan Agong atau Raja, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan dengan itu orang atau pegawai awam itu, dalam apa-apa tempoh yang disebut terdahulu, hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa itu dan hendaklah melaksanakan kewajipan yang disebut terdahulu tertakluk kepada apa-apa syarat, kekecualian dan pembatasan yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja.

(2) Tanpa mejejaskan peruntukan subseksyen (1), apabila pemegang hakiki mana-mana jawatan

bercuti sebelum melepaskan jawatannya maka adalah sah bagi seorang lain dilantik secara hakiki bagi menggantikannya.

33C

Kuasa sesuatu lembaga, dsb, tidak terjejas oleh kekosongan, dsb.-

Jika mana-mana lembaga, suruhanjaya, jawatankuasa atau badan yang seumpamanya, sama ada

yang diperbadankan, ditubuhkan melalui atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa dan prosiding lembaga, suruhanjaya, jawatankuasa atau badan yang seumpamanya itu tidaklah terjejas oleh-

(a) apa-apa kekosongan dalam keanggotaannya;

(b) apa-apa kecatatan yang didapati kemudiannya tentang pelantikan atau kelayakan seseorang yang berupa sebagai anggotanya; atau

(c) apa-apa ketidakteraturan yang kecil dalam memanggil mana-mana mesyuaratnya.

35

(Dimansuhkan).

36

Pengiraan masa-

Pada pengiraan masa bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis, melainkan jika terdapat niat

yang berlawanan-

(a) tempoh beberapa hari dari berlakunya sesuatu kejadian atau dari pelakuan apa-apa perbuatan atau
benda hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk hari kejadian itu berlaku atau perbuatan atau benda itu dilakukan;

(b) jika hari terakhir dalam tempoh itu ialah hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am (hari yang
disebut sebagai hari terkecuali dalam seksyen ini) maka tempoh itu hendaklah termasuk hari yang pertama yang berikutnya, iaitu yang bukan hari terkecuali;

(c) apabila apa-apa perbuatan atau prosiding diarahkan atau dibenarkan dilakukan atau dijalankan pada suatu hari yang tertentu, maka, jika hari itu kebetulannya hari terkecuali, perbuatan atau prosiding itu hendaklah dianggap sebagai dilakukan atau dijalankan dalam masa yang sewajarnya jika dilakukan atau dijalankan pada hari yang pertama selepas itu, iaitu yang bukan hari terkecuali;

(d) apabila sesuatu perbuatan atau prosiding diarahkan atau dibenarkan dilakukan atau dijalankan dalam apa-apa massa yang tidak melebihi enam hari, maka hari-hari terkecuali tidak boleh dihitung pada mengira masa itu.

38

Peruntukan apabila masa tidak ditetapkan-

Jika masa tidak ditetapkan atau dibenarkan yang dalamnya apa-apa benda hendak dilakukan, maka

benda itu hendaklah dilakukan dengan seberapa segera yang boleh dan seberapa kerap keadaan yang ditetapkan itu berlaku.

39

Pentafsiran kuasa untuk melanjutkan masa-

Jika dalam mana-mana undang-undang bertulis masa ditetapkan bagi melakukan apa-apa perbuatan

atau menjalankan apa-apa prosiding dan kuasa diberikan kepada sesuatu mahkamah atau pihak berkuasa yang lain untuk melanjutkan masa itu, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu boleh dijalankan oleh mahkamah atau pihak berkuasa yang lain itu walaupun permohonan bagi pelanjutan masa itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh masa yang ditetapkan.

40A

Peguam Cara Negara menjalankan kuasa Peguam Negara-

(1) Melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya dalam mana-mana undang-undang bertuis,

Peguam Cara Negara boleh melaksanakan mana-mana kewajipan dan menjalankan mana-mana kuasa Peguam Negara.

(2) Jika Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang lain telah mewakilkan kuasanya dengan sah

kepada Peguam Negara maka, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya, pewakilan itu hendaklah disifatkan sebagai pewakilan kuasa kepada Peguam Negara dan Peguam Cara Negara kedua-duanya.

42

Pegawai awam-

Sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana pegawai awam mengikut

nama jawatannya yang biasa atau am hendaklah, jika terdapat jawatan sedemikian pada lazimnya di Persekutuan atau mana-mana Negeri dan melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, dibaca dan ditafsirkan sebagai sebutan mengenai orang yang pada masa ini memegang atau menjalankan kewajipan jawatan itu di dalam Persekutuan atau Negeri itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

44

Penafsiran sebutan mengenai undang-undang-

Dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu perihalan atau petikan mengenai suatu

bahagian daripada sesuatu undang-undang bertulis yang lain hendaklah, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, ditafsirakan sebagai termasuk perkataan, seksyen atau bahagian lain yang diperkatakan atau disebut sebagai menjadi permulaan dan penghujung bahagian yang masuk dalam perihalan atau petikan itu.

46

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Jadual Kesebelas"

Seksyen 13: Ditambahkan oleh Akta 14/1962, seksyen 30, berkuat kuasa dari 13-8-1957.

Seksyen 21: Seksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuhkan oleh Akta 25/2963, seksyen 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:

"21-Menjalankan kuasa statutori antara pembuatan undang-undang dan permulaan kuat kuasa Akta Parlimen, Ordinan atau Enakmen-


Apabila sesuatu Ordinan atau Enakmen yang tidak hendak dikuatkuasakan sebaik sahaja Ordinan atau

Enakmen itu diluluskan memberikan kuasa untuk membuat apa-apa pelantikan atau membuat perundangan subsidiari, atau mengeluarkan pemberitahuan, atau menetapkan borang atau membuat apa-apa benda lain bagi maksud Ordinan atau Enakmen itu, maka kuasa itu boleh, melainkan jika terdapat niat berlawanan, dijalankan pada bila-bila masa selepas lulusnya Ordinan atau Enakmen itu, tertakluk kepada sekatan bahawa apa-apa perlantikan, surat cara, pemberitahuan atau benda yanhg dibuat, diberikan, dikelaurkan, dibagikan atau dilakukan di bawah kuasa itu tidaklah, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan dalam Ordianan atau enakmen itu, atau perlantikan, surat cara, pemberitahuan atau benda itu, untuk menguatkuasakan Ordinan atau Enakmen itu, mempunyai apa-apa kuat kuasa sehinggalah Ordinan atau Enakmen itu berkuat kuasa.".

Seksyen 23: Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Seksyen 33C: Ditambahkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(1), berkuat kuasa dari 16-9-1963.

Seksyen 35: Seksyen ini yang berbunyi seperti yang berikut dimansuh oleh Akta 25/1963, sekseyn 8, berkuat kuasa dari 29-8-1963:


"35-Masa permulaan kuat kuasa-

Jika mana-mana undang-undang bertulis, atau mana-mana bahagian sesuatu undang-undang bertulis, atau

apa-apa cara atau pemberitahuan yang dibuat di bawahnya, dinyatakan hendaklah mula berkuat kuasa pada suatu hari tertentu, maka undang-undang bertulis, surat cara atau pemberitahuan itu hendaklah, melainkan jika diperuntukkan dengan nyata selainnya, ditafsirkan sebagai mula berkuat kuasa sebaik sahaja berakhirnya hari berikutan dengan hari itu.".

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas