PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am




Perkara 101. Perbelanjaan tambahan dan perbelanjaan lebih.

Jika berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan didapati--

(a) bahawa amaun yang diuntukkan melalui Akta Perbekalan bagi apa-apa maksud tidak mencukupi, atau bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan bagi suatu maksud yang baginya tiada amaun diuntukkan melalui Akta Perbekalan; atau

(b) bahawa apa-apa wang telah dibelanjakan bagi apa-apa maksud melebihi amaun yang diuntukkan (jika ada) bagi maksud itu melalui Akta Perbekalan,

maka suatu anggaran tambahan yang menunjukkan jumlah wang yang dikehendaki atau dibelanjakan itu hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan maksud apa-apa perbelanjaan itu hendaklah dimasukkan ke dalam suatu Rang Undang-Undang Perbekalan.

____________________________________________
CATATAN

Per 101:

1. Lihat Per. 102(b).

2. Perkataan "kepala-kepala" digantikan dengan "maksud" oleh Akta A354, seksyen 20, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas