PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am




Perkara 104. Pengambilan keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan melainkan jika wang itu--

(a) dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan; atau

(b) dibenarkan untuk dikeluarkan melalui Akta Perbekalan;

(c) dibenarkan untuk dikeluarkan di bawah Perkara 102.

(2) Fasal (1) tidak terpakai bagi apa-apa jumlah wang yang disebut dalam Fasal (3) Perkara 99.

(3) Tiada wang boleh diambil keluar daripada Kumpulan Wang Disatukan kecuali mengikut cara yang diperuntukkan oleh undang-undang Persekutuan.

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas