PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 1 - Am




Perkara 106. Kuasa dan tugas Ketua Audit Negara.

(1) Akaun-akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.

(2) Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun-akaun bagi Persekutuan dan akaun-akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun-akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun-akaun bagi badan-badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 106(2):

1. Lihat Akta Audit 1957 [Akta 62].

2. Perkataan "badan-badan yang mentadbirkan wang awam" digantikan dengan "akaun-akaun bagi badan-badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong" oleh Akta A354, seksyen 21, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

3. Lihat Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240].

 

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas