PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak




Perkara 112B. Kuasa meminjam bagi Negeri Sabah dan Sarawak.

Fasal (2) Perkara 111 tidak boleh menyekat kuasa Negeri Sabah atau Sarawak untuk meminjam di bawah kuasa undang-undang Negeri di dalam Negeri itu, jika peminjaman itu telah mendapat kelulusan Bank Negara yang ada pada masa itu bagi Persekutuan.

____________________________________________
CATATAN

Per. 112B:

Ditembahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 49, berkuat kuasa dari 16-9-1963. Perkataan "atau Singapura" yang terdapat selepas "Negeri Borneo" dan perkataan juga kuasa Singapura untuk meminjam di bawah kuasa undang-undang Negeri itu, jika peminjaman itu telah mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan" yang terdapat di hujungnya itu dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 22, berkuat kuasa dari9-8-1965.

Fasal (1): Perkataan "sesuatu Negeri Borneo" digantikan dengan "Negeri Sabah atau Sarawak" oleh Akta A514, seksyen 19, berkuat kuasa dari 27-8-1976.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas