PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN KEWANGAN
Bab 2 - Pemakaian bagi Negeri Sabah dan Sarawak




Perkara 112E. (Perkiraan kewangan dengan Singapura -- Dimansuhkan).

(Dimansuhkan).

____________________________________________
CATATAN

Per. 112E:

Perkara ini yang berbunyi seperti yang berikut dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 48, berkuat kuasa dari 16-9-1963, dan dimansuhkan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 9-8-1965:

"112E. (1) Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Singapura boleh dari semasa ke semasa membuat perjanjian yang memperuntukkan kesemua atau mana-mana perkara yang berikut:

(a) cara bagaimana hasil yang diperoleh oleh Persekutuan dari Singapura atau mana-mana bahagian hasil itu akan dipungut dan diperakaunkan, dan pembahagiannya antara Persekutuan dengan Negeri itu;

(b) perjalanan kuasa oleh kerajaan Negeri atau pihak berkuasa lain bagi Negeri berhubung dengan apa-apa hasil sedemikian yang diberikan oleh undang-undang yang berhubungan dengannya, atau persetujuan kerajaan itu atau mana-mana pihak berkuasa itu pada menjalankan mana-mana kuasa itu;

(c) kemasukan Singapura dalam pasaran bersama sekali dengan negeri-negeri lain di dalam Persekutuan, penubuhan suatu Lembaga Penasihat Tarif dan penepatan syarat-syarat bagi melevikan duti import dan eksport berhubung dengan barangan yang diimport ke Singapura atau dieksport dari Singapura;

(d) meniggalkan atau mengubahsuaikan berhubung dengan Negeri itu semua atau mana-mana peruntukan Perkara 109 dan 110 dan Jadual Kesepuluh.

(e) membuat bayaran (dengan cara pinjaman atau selainnya) oleh Persekutuan kepada Negeri atau oleh Negeri kepada Persekutuan;

(f) menetapkan hasil yang hendak dikira bagi maksud mana-mana perjanjian itu sebagai diperoleh dari Singapura, mengkaji semula perlaksanaan mana-mana perjanjian itu dan merujukkan kepada seorang penaksir bebas untuk mendapatkan keputusan atas perkara-perkara yang berbangkit daripada kajian semula itu dan yang tidak diselesaikan dengan cara persetujuan, dan juga perkara-perkara lain yang berbangkit daripada atau bersampingan dengan mana-mana perjanjian itu.



(2) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melalui perintah membuat apa-apa peruntukan yang perlu bagi

melaksanakan mana-mana perjanjian yang disebut dalam Fasal (1), termasuk peruntukan yang mengubahsuaikan berhubung dengan Singapura mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan mana-mana hasil persekutuan; dan apa-apa perintah itu hendaklah dibentangkan di hadapan setiap Majlis Parlimen.

(3) Suatu perintah di bawah Fasal (2) boleh memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif Negeri hendaklah meliputi

pentadbiran mana-mana peruntukan undang-undang tertentu yang berhubungan dengan mana-mana hasil persekutuan, dan boleh bagi maksud itu memberikan kuasa dan mempertanggungjawabkan kewajipan pada mana-mana pihak berkuasa Negeri.

(4) Berhubung dengan Singapura, Bahagian III Jadual Kesepuluh hendaklah berkuat kuasa seolah-olah sumber

hasil yang ditetapkan dalam seksyen 7 termasuk cukai harta yang dilevikan bagi maksud tempatan oleh Negeri.

(5) Keputusan seorang penaksir bebas atas apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya mengenai kajian semula

sesuatu perjanjian di bawah Perkara ini hendaklah mengikat kedua-dua kerajaan yang berkenaan itu dan hendaklah dikira bagi maksud Perkara ini sebagai perjanjian kerajaan-kerajaan itu.

(6) Fasal (4) Perkara 108 tidaklah terpakai untuk menghendaki Kerajaan Persekutuan berunding dengan Majlis

Kewangan Negara berkenaan dengan apa-apa perjanjian di bawah Perkara ini.

(7) Sesuatu perjanjian yang dibuat sebelun Hari Malaysia hendaklah berkuat kuasa bagi maksud Perkara ini.

(8) Perkara ini hendaklah terhenti berkuat kuasa berkenaan dengan pembuangan apa-apa perjanjian lanjut di

bawahnya-

(a) jika pada bila-bila masa tidak ada berkuat kuasa perjanjian di bawah Perkara ini; dan

(b) dalam apa-apa hal keadaaan lain yang diperuntukkan oleh sesuatu perjanjian di bawahnya:

Dengan syarat bahawa Perkara ini tidaklah boleh di bawah perenggan (a) terhenti berkuat kuasa sedemikian

sementara menanti selesainya kajian semula perlaksanaan perjanjian itu (termasuk apa-apa sebutan mengenai seorang penaksir bebas).".

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas