PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA




Perkara 115. Bantuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

(1) Suruhanjaya Pilihan Raya boleh mengambil kerja apa-apa bilangan orang, mengikut apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat, yang ditentukan olehnya dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

(2) Apabila diminta oleh Suruhanjaya, semua pihak berkuasa awam hendaklah memberikan apa-apa bantuan sebagaimana yang dapat dilaksanakan kepada Suruhanjaya dalam menunaikan tugas-tugasnya; dan pada menjalankan fungsinya bagi membuat syor-syor bagi menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya bagi pilihan raya yang disebut dalam Fasal (1) Perkara 113, Suruhanjaya hendaklah meminta nasihat daripada dua orang pegawai Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pengetahuan khas mengenai topografi dan taburan penduduk dalam unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan, dan pegawai-pegawai itu hendaklah dipilih bagi maksud itu oleh Yang di-Pertuan Agong.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 115(2):

Perkataan "menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya" digantikan dengan membuat syor untuk menyempadankan bahagian-bahagian pilihan raya" oleh Akta 14/1962, Jadual Seksyen 7, berkuat kuasa dari 21-6-1962. Perkataan "Persekutuan yang" digantikan dengan "unit kajian semula bagi pilihan raya persekutuan, dan pegawai-pegawai itu" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas