PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA




Perkara 118. Cara mencabar pemilihan.

Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan.

____________________________________________
CACATAN

Per. 118:

1. Perkataan "mana-mana Majlis Parlimen" digantikan dengan "Dewan Rakyat" oleh Akta 25/1963, subseksyen 3(2), berkuat kuasa dari 29-8-1963 dan perkataan "seorang hakim Mahkamah Besar" digantikan dengan "Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan" oleh Akta 26/1963, seksyen 70, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Lihat Per. 120(c).

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas