PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA




Perkara 118A. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan.

Sesuatu petisyen yang mengadukan hal bahawa tiada apa-apa pemilihan telah dibuat ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan hendaklah disifatkan sebagai satu petisyen pilihan raya dan Mahkamah Tinggi boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut mengenainya untuk memaksa suatu pemilihan dibuat tetapi kegagalan membuat pemilihan dalam mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Perkara 54 atau 55 atau oleh peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah menjadi suatu alasan bagi mengisytiharkan bahawa seseorang ahli telah tidak dipilih dengan sewajarnya.

_____________________________________________
CATATAN

Per. 118A:


1. Ditambahkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

2. Lihat Per. 120(c).

3. Perkataan "atau Dewan Undangan" dimasukkan sebaik selepas "Dewan Rakyat" oleh Akta A704, seksyen 7, berkuat kuasa dari 10-6-1988.

4. Perkataan "atau oleh peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan," dimasukkan sebaik selepas perkataan "Perkara 54 atau 55" oleh Akta A704, seksyen 7, berkuat kuasa dari 10-6-1988.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas