PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN VIII - PILIHAN RAYA




Perkara 120. Pemilihan terus ke Dewan Negara.

Jika mengikut Fasal (4) Perkara 45 peruntukan dibuat oleh Parlimen bagi pemilihan ahli-ahli Dewan Negara dengan cara undi terus oleh pemilih-pemilih, maka--

(a) keseluruhan sesuatu Negeri hendaklah menjadi satu bahagian pilihan raya dan dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Negara setiap pemilih hendaklah mempunyai undi sebanyak bilangan kerusi yang hendak diisi dalam pilihan raya itu; dan

(b) daftar-daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat hendaklah juga menjadi daftar-daftar pemilih bagi pilihan raya ke Dewan Negara; dan

(c) Perkara 118, 118A dan 119 hendaklah terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Negara sebagaimana Perkara-Perkara itu terpakai berhubung dengan pilihan raya ke Dewan Rakyat.

____________________________________________
CATATAN

Per. 120(c):

Angka ",118A" dimasukkan oleh Akta 31/1965, subseksyen 2(2), berkuat kuasa dari 1-7-1965.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas