PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

BAHAGIAN IX - BADAN KEHAKIMAN




Perkara 122C. Pertukaran hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi lain.

Perkara 122B tidaklah terpakai bagi pertukaran seseorang hakim dari suatu Mahkamah Tinggi ke suatu Mahkamah Tinggi yang lain, melainkan jika pertukaran itu adalah sebagai Hakim Besar atau pertukaran Hakim Besar; dan pertukaran yang sedemikian boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, atas syor Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, selepas berunding dengan Hakim-Hakim Besar bagi kedua-dua Mahkamah Tinggi itu.

____________________________________________
CATATAN

Per. 122C:

1. Ditambahkan oleh Akta 26/1963, seksyen 18, berkuat kuasa dari 16-9-1963.

2. Lihat Per. 112B(1).

3. Perkataan "Persekutuan" digantikan dengan "Agung" aoleh Akta A566, subseksyen 16(1), berkuat kuasa dari 1-1-1985.

4. Perkataan "Ketua Hakim Negera Mahkamah Agung" digantikan dengan "Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan" olej Akta A885, seksyen 18, berkuat kuasa dari 24-6-1994.

                                                                                                                                                                                                            

     Sebelum          Isi Kandungan    

     Selepas